30 Kombinasi Warna Koleksi Kasut Duet
MENGETENGAHKAN kepelbagaian warna, keselesaan dan juga daya ketahanan jenama kasut, Crocs memperkenalkan koleksi Duet yang didatangkan dalam 30 kombinasi warna berbeza untuk pilihan penggemarnya.
Direka dan diperbaharui berbanding rekaan asal, koleksi ini diberikan sentuhan menarik dan kreatif serta inovatif agar bersesuaian untuk kegunaan semua peringkat usia justeru ia sesuai untuk mereka yang sentiasa mencari kasut tahan lasak dan tahan lama.
Bahagian luaran kasut direka menggunakan bahan croslite keras untuk ketahanan. Bahagian dalaman kasut pula menggunakan bahan croslite lembut bagi memberikan lebih keselesaan berpanjangan manakala gabungan dua warna dalam rekaannya menambah gaya serta keunikan kasut inovatif ini.
Koleksi Duet ini disempurnakan untuk semua peringkat usia dan pilihan padanan uniseksnya pasti memberikan lebih pilihan kepada penggemar kasut jenama berkenaan.
Duet boleh didapati pada harga RM189 ataupun koleksi Duet Sport Clog (RM209).
Jika mencari lebih keselesaan kepada kaki, apa kata dapatkan koleksi Duet Flip, Duet Athens dan Duet Scutes pada harga RM139.
Bagi wanita pula, Crocs menawarkan koleksi Duet Flat pada harga RM169. Kasut tapak rata bersilang di bahagian belakang ini didatangkan dengan pelbagai warna
agar boleh dipadankan dengan mudah dengan pakaian.
Selain itu, kanak-kanak juga memiliki koleksi tersendiri dalam keluaran terbaru jenama ini iaitu Duet Flat Girls untuk kanak-kanak perempuan dan Duet Kids bagi kanak-kanak lelaki pada harga RM139.
Duet Sport Clog Kids sesuai dikenakan kanak-kanak yang memerlukan daya ketahanan tambahan dan boleh didapati pada harga RM169.
Setiap rekaan yang diketengahkan didatangkan dengan pelbagai warna menarik bagi menambahkan keriangan dan kemeriahan aksesori kaki mereka.