95% Kanak-Kanak Rosak Gigi

RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air.

Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.

Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.


Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk yang menerima air terawat berflorida berkurangan.

Siri 4 dan terakhir Laporan Khas Utusan Malaysia berkaitan kualiti air di Kelantan oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar, MOHD. NAIM AZIZ ini mengupas mengenai isu ini dan juga reaksi pihak-pihak berkaitan.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.

Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

beza gigi kanak-kanak yang sihat dan kekurangan fluorida

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,753 views