Advertorial: Kanak-kanak Segar, Sentiasa Aktif

JOHNSON and Johnson Sdn Bhd kini tampil dengan rangkaian produk mandian inovatif terbaru , Johnson’s baby Cooling Bath, yang membantu memberikan kesan menyegarkan kepada anak anda yang aktif.

Ia dihasilkan dengan ekstrak semula jadi bunga honeysuckle berbau harum dan menyediakan mandian yang menyejukkan, memastikan kulit sentiasa segar serta menghalang kesan haba yang tidak selesa.

Produk baru mandian unik ini juga mempunyai haruman segar sepanjang hari dan dapat membantu kanak-kanak lebih aktif walaupun selepas aktiviti berpanjangan dalam cuaca panas.

Kita semua tahu bahawa kanak-kanak aktif adalah petunjuk kepada tahap kesihatan dan tumbesaran yang baik.

Aktiviti pembelajaran berlaku ketika mereka aktif dan kita tidak mahu mereka berhenti disebabkan keadaan tidak selesa akibat peluh, haba atau badan melekit.

Johnson and Johnson adalah jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka dipercayai ibu bapa dan pengamal kesihatan di seluruh dunia.

Ia sentiasa berada di hadapan dalam membangunkan produk-produk inovatif yang memenuhi keperluan keluarga.

Produk penjagaan ini terbukti tulen, ringan dan lembut pada kulit bayi serta kanak-kanak dan Johnson and Johnson adalah syarikat pertama memperkenalkan formula ‘No More Tears’ untuk melindungi mata kanak-kanak daripada kemudaratan dan kerengsaan.

Bersempena pelancaran rangkaian produk ini, Johnson and Johnson mengadakan pencarian bintang menari ‘Cool Kids Krew’ yang akan menyaksikan anak anda menari dalam klip video yang dihasilkan komposer hip hop, Altimet dengan reka tarian diilhamkan pemenang rancangan realiti televisyen, ‘So You Think You Can Dance’ musim pertama, Alam.

Ibu bapa di Malaysia sentiasa memberitahu bahawa anak mereka berbakat dan inilah peluang yang ditunggu selama ini bagi membuktikannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

893 views