Advertorial: Keyakinanmu Bermula Dari “V”

PENJAGAAN kebersihan diri adalah sesuatu yang perlu diberikan fokus utama terutama sekali bagi melindungi kawasan vagina atau Zon-V yang amat sensitif.

Pemakaian baju dan seluar tidak bersesuaian dan terlalu ketat, penggunaan sabun yang tidak bersesuaian serta kurang mementingkan kebersihan diri terutama apabila berada dalam haid sedikit sebanyak memudaratkan kesihatan diri.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran proses pembersihan kawasan berkenaan juga perlu dilakukan secara sederhana kerana ia sudahpun memiliki agen pembersihan semula jadi yang dikenali sebagai bakteria baik atau laktobasilus.

“Kewujudannya bertujuan sebagai perlindungan terakhir untuk mengelakkan berlakunya masalah jangkitan pada bahagian sulit berkenaan.

“Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kewujudan bakteria baik tersebut tetapi dalam masa yang sama menjaga kebersihan Zon-V dengan langkah yang betul,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

“Berikan ruang pengudaraan yang baik pada Zon-V dengan mengurangkan pemakaian seluar dalam dan jeans ketat untuk jangka masa lama kerana ia juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku,” katanya.

Terdapat tiga jangkitan yang kebiasaannya berlaku kepada wanita iaitu kandida atau jangkitan fungus, bacterial vaginosis dan juga trichomoniasis.

Perkara paling mujarab yang boleh dilakukan apabila membersihkan Zon-V adalah melalui penggunaan air yang banyak dan mengelap kawasan berkenaan daripada arah hadapan ke belakang bukan sebaliknya.

“Sekiranya menggunakan liner mahupun tuala wanita, paling penting adalah untuk menukarnya setiap tiga atau empat jam sekali.

“Jangan tunggu hingga ia ‘penuh’ sebaliknya pastikan Zon-V anda sentiasa selesa, kering dan bersih sepanjang masa,” katanya.

Kotex, peneraju produk keperluan penjagaan feminin di Malaysia adalah jenama dipercayai untuk memberi penyelesaian penjagaan intimasi dan memperkasakan wanita untuk menjalani kehidupan dengan lebih yakin.

Kotex Fresh Plus Liners adalah liners pertama yang terbukti melindungi V Zone anda. Terdapat dalam 3 variasi, Kotex Fresh Plus Ultra V-Care terbukti menghalang pembiakan yis dan sebilangan bakteria semasa penggunaan*.

Untuk kulit sensitif, Kotex Fresh Plus Gentle Care adalah liners yang pertama dengan penyeimbang pH, diuji secara dermatologi terhadap alahan dan keradangan.

Selain itu, Kotex Fresh Plus Design didatangkan dengan corak menarik penuh warna berserta bahan semulajadi yang lembut dan sensasi.
Justeru bagi memberikan kesedaran mengenai penjagaan Zon-V dengan sempurna seiring dengan masalah yang dihadapi remaja semasa, Kotex mengambil inisiatif menganjurkan program Langkah Gadis Konfiden Harian Metro bagi membantu remaja perempuan tampil yakin dalam menjalani urusan harian mereka.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan membantu remaja menguruskan penampilan diri terutamanya ketika menyertai aktiviti keramaian rasmi, sosial atau menghadiri temu duga.

Sementara itu, hadir memeriahkan acara ialah Nana AF1 yang bertindak sebagai pengacara majlis dan juga selebriti terkenal Yana Samsuddin yang turut berkongsi pengalaman suka duka sebagai seorang artis.

Sementara itu, penceramah undangan Azah Yazmin Yusof berkata, bagi meningkatkan keyakinan diri seseorang itu perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan.

Malah, pendedahan terhadap ‘dunia luar’ juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan diri tidak ketinggalan hingga menyebabkan rasa rendah diri.

“Jujur pada diri dan fokus pada apa yang ingin dilakukan barulah dapat membentuk keyakinan diri yang diingini dan pastinya ia diperlukan bukan saja dalam dunia pelajaran tetapi bidang pekerjaan yang akan ditempuhi nanti,” katanya.

Dengan mensasarkan penyertaan remaja, program berkenaan menjelajah ke tiga kampus mulai 25 September lalu bermula di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang diikuti Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada 4 Oktober dan Universiti Putra Malaysia (UPM), 9 Oktober lalu.

Selaras dengan objektifnya yang mahu memperkasakan wanita, ia memberi tunjuk ajar serta menyiapkan diri mahasiswa bagi melangkah ke alam pekerjaan. Program ini juga adalah sebahagian daripada kempen tahunan Revolusi Zon-V untuk seleksi liner, usaha berterusan bagi mendidik wanita muda dan beraspirasi supaya mereka dapat menjadikan penjagaan feminin sebagai rutin harian serta dapat menikmati kehidupan sepenuhnya.

Bagi penuntut tahun kedua bidang kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Shahida Ab Halim, 23, setiap gadis perlu memiliki keyakinan diri

Dia yakin bahawa keyakinan diri akan lebih menyerlah apabila berada dalam keadaan bersih dan selesa sepanjang masa.

“Saya sering kali menggunakan liner bagi memastikan kebersihan Zon-V terjaga dan akan sentiasa menukarnya setiap kali ke tandas.

Malah, kebanyakan remaja ditemui dalam program Langkah Gadis Konfiden bersetuju bahawa dengan pemakaian liner setiap hari dapat membantu dalam penjagaan V Zone mereka agar sentiasa kekal segar, bersih dan sihat sepanjang masa.

Kotex sedang mengadakan peraduan Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh yang bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013. Untuk menyertainya, peserta perlu memuatnaikkan Pose V yang kreatif dan beritahu Kotex kenapa mereka adalah Gadis Konfiden Kotex Fresh yang dicari.

Hadiah sejumlah RM177,000 ditawarkan untuk para pemenang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kotex.com.my.

*Tidak terbukti secara klinikal menghalang jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/24

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

530 views