Advertorial: Pastikan Kebersihan Di Rumah

SETIAP orang pasti mahukan keadaan yang bersih dan selesa apabila menggunakan tandas bukan saja di tempat awam, hospital, sekolah malah paling penting di rumah anda sendiri.

Golongan wanita terutamanya, amat risaukan kehadiran bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit serius. Justeru, lebih baik mencegah terlebih dulu sebelum nanti terpaksa bersusah payah mencari penawar bagi mengubati penyakit berkenaan.

Atas dasar kesedaran itu, syarikat Coway (Malaysia) Sdn Bhd menghasilkan produk inovasi terkininya iaitu tandas digital berasaskan sistem bidet yang menggunakan tenaga elektrik atau bateri bagi menggantikan kemudahan tandas konvensional.

Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas mangkuk tandas dan selepas selesai membuang air kecil ataupun besar, mereka hanya perlu menekan butang disediakan di bahagian tepi.

Butang berkenaan berfungsi mengawal kekuatan pancutan air, sumber kuasa dan pelapik tandas yang boleh menyelaraskan suhu air mengikut keselesaan pengguna.

Selepas selesainya urusan, air akan terpancut dari penyembur untuk membasuh bahagian yang kotor itu. Kaedah pembersihan buih udara berevolusi membuatkan ia membersih dengan sempurna. Penapis MF seramik perak nano yang dipasang pula memastikan air itu adalah tulen dan bersih menggunakan bebola seramik perak. Pengguna tidak perlu risau mengenai cara memasangnya kerana pekerja penyelenggaraan daripada pihak Coway akan datang ke rumah untuk memberi khidmat pemasangan dan proses itu tidak mengambil masa yang lama.

Terkini, Coway dan Harian Metro bekerjasama melalui kempen Real Women Real Voices iaitu landasan untuk wanita di negara ini untuk mencuba, berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara seperti percubaan produk serta perkhidmatan tertentu menerusi capaian alam maya supaya dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai.

Kempen ini memerlukan 100 wanita untuk program percubaan percuma Coway Digital Bidet. Kelayakan bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sekiranya terpilih, anda berpeluang mencuba Coway Digital Bidet selama sebulan secara percuma. Selepas merasainya sendiri, anda boleh berkongsi pengalaman anda itu di laman sosial Facebook, align=”right”> Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

753 views