Advertorial: Tandas Digital Alaf Baru

PERTAMA kali penulis mengetahui wujudnya Hari Tandas Sedunia adalah pada tahun 2005. Itupun selepas membaca beberapa artikel di akhbar mengenainya. Anda pula bagaimana?

Penulis yakin, pasti ada segelintir daripada anda yang akan tergelak kecil apabila membaca mengenai perkara ini. Adakah ianya logik? Untuk pengetahuan anda, Hari Tandas Sedunia disambut pada 19 November setiap tahun.

Sambutannya bertujuan untuk mengingatkan kita mengenai kepentingan tandas dalam kehidupan serta peranan kita untuk menjaganya supaya ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Kepentingan tandas dalam kehidupan sangat nyata. Ia adalah tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa sama, ia turut membantu menjaga kesihatan diri. Justeru, wajar bagi kita mempunyai tandas yang berada dalam keadaan bersih, selesa dan menyenangkan.

Atas sebab itu juga, syarikat Coway (Malaysia) Sdn Bhd tidak ketinggalan menyokong dan meraikan sambutan istimewa itu.

Apatah lagi, baru-baru ini mereka bekerjasama dengan Harian Metro melalui kempen Real Women Real Voices iaitu landasan untuk wanita di negara ini mencuba, berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara seperti percubaan produk Coway Bidet miliknya serta perkhidmatan tertentu menerusi capaian alam maya supaya dapat dijadikan rujukan kepada orang ramai.

Menerusi kempen ini, mereka boleh berkongsi kelebihan Coway Bidet dalam membantu ramai wanita dan seluruh ahli keluarganya mengenai keperluan dan tabiat yang betul ketika menggunakan tandas digital yang berasaskan tenaga elektrik atau bateri bagi menggantikan kemudahan tandas konvensional.

Selain itu, penganjuran kempen ini turut menggalakkan orang ramai menggunakan tandas yang bersih dan kering tanpa penggunaan air melalui hos paip serta mengelakkan pembiakan dan penyebaran bakteria di sekitar kawasan mangkuk tandas itu sendiri.

Memetik pengalaman beberapa wanita yang sudah mencuba Coway Bidet, Rina Omar misalnya, menyatakan Coway Bidet memberikannya tandas beralaf baru. Percubaan Cik Lily Putih pula membolehkannya mengucapkan ‘selamat jalan bakteria tandas.’

Selain itu, Jess Lee boleh berasa lega kerana tidak lagi risau akan kehabisan tisu tandas di saat genting. Cindy Tan meluahkan perasaan gembiranya apabila mendapati tandas digital ini melambangkan tabiat penjagaan kebersihan yang sofistikated.

Sempena sambutan istimewa ini, Coway akan membawa trak bergerak bidet terbarunya ke kawasan kejiranan terpilih bagi memberi anda satu pengalaman baru selain mengetahui kelebihan tandas digital berkenaan dalam kehidupan seharian.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, James Park Jae Young, berkata pihaknya mahu orang ramai mempelajari, menyentuh dan merasai sendiri teknologi yang digunakan pada bidet supaya mereka tahu keberkesanannya.

“Dengan penganjuran aktiviti seperti ini, kakitangan kami akan berkongsi ilmu mengenai banyak perkara terutama berkaitan kebersihan diri mahupun tandas.

“Justeru, menerusi penerangan dan segala kelengkapan bidet yang disediakan di dalam trak itu nanti, saya berharap mereka akan mendapat gambaran yang lebih jelas,” katanya.

Trak bergerak bidet ini akan mengembara ke seluruh bahagian Barat Malaysia termasuk ke kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka bermula 17 November hingga 23 Disember 2012.

Di samping itu, anda juga turut berpeluang mencuba sendiri tandas digital ini secara percuma selama 14 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/CowayMalaysia dan coway.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggannya, 1800-888-111.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

641 views