Anggun Digayakan Ke Mana Saja

Pelbagai rekaan tudung dan selendang dengan corak terkini sesuai digayakan oleh wanita moden seperti diketengahkan butik dalam talian Beautiful Chale.

Pemiliknya, Nurul Razali berkata, tudung rekaannya itu padan untuk wanita bergaya ke mana saja mereka berada sama ada ke pejabat atau majlis khas.

“Saya mementingkan mutu dalam setiap rekaan kerana mahu wanita kelihatan anggun ketika memakainya. Justeru, antara fabrik yang digunakan untuk tudung dan selendang butiknya adalah sifon, satin dan renda bermanik bermutu tinggi untuk menaikkan seri pemakai.

“Dari segi pemilihan warna, saya lebih suka menggunakan warna pastel kerana warna lembut menonjolkan keayuan mereka. Malah, warna pastel yang menarik juga menyerlahkan gaya wanita anggun terutama mereka yang berkerjaya,” katanya.

Rekaan tudung butiknya juga mengikut peredaran zaman iaitu mudah dipakai sekali gus menjimatkan masa wanita yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja seharian.

Untuk mendapatkan koleksinya, boleh lawati laman Instagram @beautifulchale.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,710 views