Bawa Keluarga Berseronok Di Festival ScaryFun
PELBAGAI aktiviti menyeronokkan menanti kunjungan kanak-kanak bermula sekarang hingga 4 November ini di taman tema berunsur pendidikan dan hiburan tertutup, KidZania Kuala Lumpur.
Bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama, pelbagai aktiviti menarik boleh disertai sepanjang promosi khas sempena Hari Halloween.
Kehadiran Festival ScaryFun yang dipenuhi dengan aktiviti menceriakan bertujuan untuk membawa seisi keluarga melengkapkan perjalanan hujung minggu dalam suasana menggembirakan.
Melalui acara yang disediakan, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam Peraduan Spooky Costume yang berlangsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Hari Halloween untuk memperagakan pakaian paling menarik.
Kehadiran anda dengan pakaian menarik yang mengikut konsep Halloween berpeluang untuk dipilih sebagai kostum terbaik atau paling menakutkan untuk memenangi hadiah menarik.
Pertama kali diadakan di KidZania, festival berkenaan mendapat kerjasama daripada A Clouet Co (KL) Sdn Bhd (Ayam Brand), KPJ Healthcare Berhad, Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Plaza Premium Lounge Management Ltd, Pos Malaysia Berhad (Poslaju), Schwan-Stabilo Marketing Sdn Bhd, Sushi King Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad.
Sebagai sebahagian program, pengunjung kecil juga boleh menyertai pelbagai aktiviti lukisan muka bertemakan Halloween.
Bukan itu saja, mereka juga diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai penyampai radio muda yang membolehkan kanak-kanak menyampaikan idea atau perkara berkaitan Halloween.
Keseronokan tidak terhenti di situ kerana kanak-kanak yang mempunyai minat atau bakat melukis boleh menjadi pelukis pada festival berkenaan.
Tonjolkan daya kreativiti anak-anak dengan menyertai aktiviti mengecat rumah menerusi reka bentuk menceriakan. Bagi si kecil yang meminati bidang tarian, terdapat juga program Michael Jackson The Thriller di Menara Jam untuk mempamer bakat terpendam masing-masing.
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari align=”right”> Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30