Bedak Asas Sesuai Kulit

Gaya solekan semula jadi mampu membuatkan riasan wajah kelihatan lebih ringkas tanpa perlu menggunakan mekap keterlaluan.

Kaedah ini mampu memberikan perubahan pada wajah serta memberikan daya tarikan tersendiri bagi menyerlahkan keunikan personaliti si gadis manis.

Ia boleh digunakan semua jenis kulit terutama bagi mereka yang memiliki jenis kulit sawo matang serta sesuai sebagai solekan ke pejabat tanpa perlu bergaya secara berlebihan.

Bagi si gadis yang memiliki kulit kuning langsat, pilih warna bedak asas dan bedak debu sama seperti warna kulit. Jika ingin kelihatan lebih putih, gunakan warna bedak asas lebih cerah.

Untuk sapuan pemerah pipi pula, pilih warna merah jambu lembut. Sebaiknya, solekan disesuaikan dengan warna pemerah pipi.

Begitu juga dengan wanita yang berkulit sawo matang, pilihan bedak asas dan bedak debu tetap perlu berasaskan warna kulit.

Namun bagi olesan pemerah pipi, penggunaan warna karamel berupaya menyegarkan wajah. Pembayang mata pula boleh menggunakan warna menarik seperti coklat atau jingga manakala gincu merah jambu dan coklat akan menambah daya penarik diri.

Sementara itu, asas pemilihan bedak asas dan bedak debu untuk mereka yang memiliki kulit berwarna coklat perlu menggunakan warna yang bersesuaian dengan kulit.

Jangan mencampurkan pemakaian bedak asas dengan warna lebih muda. Bagi pembayang mata pula, pilih warna lembut seperti biru muda atau kelabu.

Untuk pemerah pipi, sesuaikan dengan pembayang mata atau gunakan warna lebih cerah dan cukup hanya oleskan pengilat bibir agar penampilan ringkas serta membuatkan bibir kelihatan lebih mempesona.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

863 views