Beg Tangan Penutup Tin
Apa ada pada sebotol tin minuman? Selepas habis kandungannya, terus saja dibuang ke tong sampah. Ada juga yang mengumpulnya sebelum dijual kepada peraih untuk dikitar semula.
Bagi May Oh, bukan tin yang dikejarnya tapi penutup tin untuk digunakan sebagai bahan utama menghasilkan beg tangan yang bukan saja unik tapi tidak memerlukan kos yang tinggi.
Sejak 2007, peminat aktiviti kraftangan ini giat mengamalkan kaedah kitar semula lalu tercetus idea untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan selepas melihat banyaknya tin kosong di rumahnya.
“Saya bawa tin ke pusat kitar semula manakala penutupnya saya tanggalkan untuk dikumpul. Asalnya, saya gemar mengumpul kad isi semula dan terus berminat mengumpul penutup tin kerana bentuknya yang pelbagai.
“Tapi lama-kelamaan koleksi saya makin banyak hingga saya mencari cara terbaik untuk mengurangkannya,” katanya.
Lalu, bermulalah aktiviti pembuatan beg tangan menggunakan bahan terbuang itu hingga dilanjutkan kepada dompet syiling, beg genggam, bekas kotak tisu dan beg botol susu.
Jelas May, membuat beg tangan daripada penutup tin ini tidak sukar malah mengambil masa antara dua hingga empat jam jika fokus melakukannya.
Meskipun jahitan krocet menjadi tunjang dalam pembuatan beg tangan ini, mereka yang tiada asas krocet juga boleh menghasilkannya berpandukan langkah demi langkah ini.
Untuk keterangan lanjut dan tutorial lengkap, boleh layari laman blog May di class=”right”>Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/27