Bergaya Dengan Beg Tangan Mewah Australia

APAKAH aksesori pilihan wanita apabila berada di luar rumah?

Untuk memenuhi gaya, beg menjadi keutamaan sama ada beg tangan, silang, sandang atau beg genggam (beg kepit) yang masing-masing memiliki peranan tersendiri dalam memenuhi gaya harian.

Walaupun musim berubah, yang nyata penggayaan beg tangan sememangnya menjadi satu kemestian untuk wanita.

Justeru, label aksesori mewah dari Australia, Oroton memperkenalkan koleksi dengan pilihan warna terang seperti oren dan merah jambu.

Penggunaan warna terang untuk beg tangan lebih menyerlahkan gaya bersesuaian dengan keadaan persekitaran.

Bagi koleksi Meshmerising, ia direka dengan jejaring labuci berkilat sebagai simbol pengenalan utama pada beg. Bentuk beg yang diperkenalkan juga lebih ranggi dengan rekaan bersegi yang memberikan bentuk tetap pada badan beg untuk memudahkan penyimpanan barangan peribadi.

Gaya beg tote Mesh Capri keluaran terhad ini pula sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan beg tangan dengan kualiti terbaik serta mewah.

Sementara itu, pilihan beg kepit koleksi Anouk memberikan kelainan dengan rekaan bentuk kotak yang lebih bersegi. Direka berasaskan bahan akrilik seperti rekaan beg tahun 50-an dan 60-an, ia memberikan inspirasi gaya retro glamor yang klasik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari Oroton.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,089 views