Bibir Merah Menawan

Penampilan individu terutama wanita umpama tidak lengkap apabila warna bibir gelap dan hitam walaupun memiliki raut wajah putih dan rambut yang sihat.

Sememangnya bibir antara mahkota utama wanita malah menjadi idaman wanita memiliki bibir indah dan berwarna merah merekah walaupun tanpa memakai gincu.

Berikut cara mudah untuk memperoleh bibir lembap dan merah menawan:

Menggunakan madu antara bahan yang sudah tidak asing dalam kalangan wanita terutama dalam aspek kecantikan. Selain dapat digunakan untuk menyembuhkan jerawat pada wajah, madu juga mampu memberi pemeliharaan terhadap sel kulit bibir kerana madu mampu melembapkan bibir secara semula jadi.

Anda hanya perlu menyediakan madu asli sebelum menyapukannya ke bibir dan lakukan sebelum masuk tidur secara konsisten.

Jika rajin, anda boleh gunakan limau nipis yang banyak manfaat kepada perawatan kulit dan membantu menghilangkan warna gelap pada bibir kerana ia dapat mengembalikan sel pigmen kulit. Hanya sediakan limau nipis dan dua sudu air suam, kemudian perah limau nipis dan ambil airnya kira-kira dua sudu.

Campurkan perahan limau nipis dengan air panas dan sapukan ke bahagian bibir. Biarkan selama 10 hingga 15 minit diikuti dengan bilasan air suam pada bibir.

Mungkin anda pernah membaca mengenai manfaat mentega. Ternyata mentega mempunyai khasiat untuk menjadikan bibir merah dengan meratakannya pada bibir. Lakukan cara ini sebelum tidur bagi mendapatkan hasil terbaik.

Minyak zaitun ternyata mempunyai banyak khasiat. Sediakan minyak zaitun bersama sedikit gula putih dan campurkan kedua-dua bahan ini sehingga rata.

Sapukan campuran bahan itu pada bibir dengan cara menggosok perlahan-lahan. Biarkan selama beberapa minit sebelum basuh bibir menggunakan air bersih. Lakukan cara ini dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang sehingga anda mencapai keputusan memuaskan.

Minyak kacang badam juga mengandungi khasiat dan vitamin E yang mampu membuatkan bibir merah secara semula jadi. Anda hanya perlu menyediakan minyak badam dan sapukan ke bibir setiap kali sebelum tidur.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

641 views