Buah Tangan Hari Kekasih

Romantik tidak mengira waktu biarpun ramai yang mempamerkannya apabila tiba Hari Kekasih, apatah lagi ketika itulah masing-masing mengambil kesempatan meraikan saat indah dengan pemberian hadiah.

Antara barangan yang biasa dijadikan tanda penghargaan buat tersayang ialah jam tangan.

Justeru, Bonia menampilkan koleksi jam tangan khas sempena Hari Kekasih 2013 menerusi koleksi elegan untuk lelaki dan wanita.

Koleksi BN958 yang hadir sepasang untuk lelaki dan wanita direka dengan ciri-ciri perincian berharga seperti mutiara putih pada nombornya.

Ia menonjolkan gaya klasik menerusi bentuk segi empat permukaannya yang tahan karat.

Mudah untuk melihat tarikh, ia sengaja diletakkan pada penanda nombor enam tambah menarik dengan sinaran kristal berkilau pada bahagian talinya yang menggunakan keluli tahan karat.

Bagi anda yang inginkan keunikan tersendiri pada hadiah buat insan tersayang, jenama berkenaan turut menampilkan kelainan pada koleksi jam tangan BN958.

Mempunyai perlindungan daripada rintangan air, koleksi yang dijual pada harga RM738 setiap satu itu menjadikannya antara pilihan hadiah yang praktikal.

Untuk keunikan, hiasan motif hati pada bahagian paparan nombor juga diletakkan di kedua-dua koleksi sama untuk pasangan lelaki atau perempuan bagi menambah daya tarikan.

Berbeza dengan koleksi jam tangan BN959 yang dihasilkan dengan tarikan tersendiri, ia mengingatkan wanita atas penghargaan oleh kekasih hatinya.
Motif hati pada bahagian tengahnya tentu mencetuskan senyuman bermakna buat mereka yang menerimanya.

Jarum jam yang dilindungi di dalam bekas keluli tahan karat dipadankan bersama tali daripada material sama dengan corak yang lebih menawan.

Gaya jam tangan yang sporty dan memberi keceriaan kepada si pemakai itu menampilkan pilihan padanan rona putih saja atau digandingkan dengan merah jambu keunguan (fuchsia), merah jambu keemasan, hitam atau merah jambu terang.

Koleksi jam tangan yang lengkap dengan rintangan air itu dijual bermula pada harga RM468 hingga RM498.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

861 views