Bunga Tangan Coklat

KEHADIRAN bunga tangan sangat membantu pengantin perempuan kelihatan lebih ceria dan berseri.

Biasanya, penambah hiasan pengantin ini direka menggunakan bunga plastik atau segar saja, tetapi kini terdapat rekaan baru yang cuba ditampilkan dengan tambahan sedikit coklat untuk kelihatan berbeza.

Terbabit dalam perniagaan berasaskan coklat, Yusnisah cuba menggunakan ilmu yang dimiliki untuk diadun ke dalam gubahan bunga tangan atau hantaran yang dihasilkan.

Bukan hanya perlu mempunyai idea kreatif bagi menarik perhatian pelanggan, malah dia harus bijak bermain dengan warna untuk setiap gubahan yang ditampilkan.

“Penggunaan warna yang sesuai dan menarik ditambah dengan kehadiran coklat berbentuk bunga dapat menghasilkan gubahan tampak cantik serta menarik.

“Bagi bakal pengantin yang ingin menghasilkan sendiri gubahan atau bunga tangan, seeloknya mereka menitikberatkan warna yang digunakan.

“Misalnya, untuk setiap gubahan terutama bunga tangan, jangan gunakan lebih daripada tiga warna kerana ia akan membuatkannya kelihatan pelik.

“Bukan itu saja, ia juga akan membuatkan gubahan itu tampak sarat dan tidak lagi menarik untuk dipandang,” katanya ketika menunjukkan langkah menghasilkan gubahan bunga tangan bersama coklat, baru-baru ini.

Bagi mereka yang ingin cuba menghasilkan sendiri bunga tangan menggunakan coklat untuk majlis perkahwinan, ikuti langkah mudah ditunjukkan oleh Yusnisah.

Terima kasih:

www.ymyonlinegallery.blogspot.com
YMY Online Gallery/facebook

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,362 views