Cantiknya Si Buah Hati!

Wanita mana yang tiada beg tangan? Sama ada berjenama atau kurang dikenali, beg tangan sememangnya aksesori harus ada untuk kegunaan ke mana saja.

Bukan setakat satu keperluan, ada yang gemar memiliki pelbagai beg tangan supaya senang menukar gaya untuk dipadankan dengan pakaian seharian.

Tidak kurang juga yang gemar mengumpul beg tangan semata-mata untuk kepuasan diri apatah lagi apabila sudah jatuh cinta pada satu-satu jenama.

Buat mereka yang mahu berkongsi keistimewaan beg tangan masing-masing, boleh menghantar gambar anda dengan aksi menarik bersama beg tangan masing-masing.

Hanya dua gambar paling menarik dan kreatif bakal menerima hadiah beg tangan daripada jenama Alfio Raldo.

Tarikh tutup penyertaan untuk aksi menarik bersama beg tangan ini pada Khamis 5 Disember 2013. Sebanyak 10 gambar terbaik akan disiarkan di halaman ini, namun hanya dua pemenang bakal membawa pulang hadiah beg tangan menarik ini.

Hantarkan penyertaan anda kepada e-mel wanitametro@mediaprima.com.my berserta butiran diri – nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor telefon. Jangan lupa, gambarnya sekali!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

609 views