Cari Anak Pandai Menari

KANAK-KANAK yang aktif dan cerdas biasanya mempunyai kesihatan dan perkembangan minda yang baik. Sebagai ibu, sepatutnya tidak mengehadkan kreativiti kanak-kanak bukan saja dalam pembelajaran, bermain malah aktiviti sosial mereka.

Menyedari kanak-kanak gemar berimaginasi, bagi ibu bapa yang memiliki anak suka menari dan nampak bersahaja di hadapan kamera mungkin mereka yang dicari-cari Johnson’s baby untuk menjadi ahli Cool Kids Krew, iaitu kumpulan penari kanak-kanak yang akan diketengahkan dalam video muzik pertama Johnson’s baby.

Bercakap semasa sesi memperkenalkan pertandingan kanak-kanak Johnson’s baby yang terkini, Pengarah Komersial Kumpulan Malaysia dan Singapura, Produk Konsumer Johnson Johnson, Eunice Tan (gambar) menerangkan, pencarian bintang penari Cool Kids Krew diadakan bersempena pelancaran produk mandian terbaru Johnson’s baby Cooling untuk kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang aktif dan cerdas tidak seharus-nya disekat kreativiti mereka hanya kerana ketidakselesaan disebabkan panas dan peluh yang melekit. Apatah lagi dalam keadaan cuaca tropika di Malaysia,” katanya.

Tan menambah, Johnson’s baby jenama produk penjagaan bayi yang dipercayai ibu bapa dan ahli profesional di seluruh dunia, sentiasa memperkenalkan produk inovatif untuk memenuhi keperluan ibu dan keluarga. Produk penjagaan bayi jenama ini adalah selamat, murni dan lembut, sesuai untuk kulit bayi. Malah ia juga memperkenalkan formula tidak memedihkan mata selain melindungi kanak-kanak daripada kerengsaan.

Dalam pencarian ini, Johnson’s baby mencari empat ahli baru untuk ditambah kepada empat penari sedia ada. Pertandingan akan diadakan melalui uji bakat di empat lokasi yang sudah bermula pada hujung Mei lalu.

Krew yang lengkap berpeluang membuat persembahan dalam video muzik Johnson’s baby Malaysia pertama dengan lagu dan lirik digubah komposer hip hop Malaysia, Altimet dan tarian yang direka pemenang Musim Pertama So You Think You Can Dance Malaysia, Alam. Selain pembabitan mereka dalam produksi video muzik ini, selebriti ini juga akan membentuk panel pengadil di semua peringkat pertandingan.

Pada setiap uji bakat, Johnson’s baby akan memberi tiga hamper Johnson’s baby bernilai RM500, RM300 dan RM200 kepada tiga kanak-kanak paling berbakat yang berjaya menambat hati juri.

Mereka yang terpilih untuk membentuk empat ahli Cool Kids Krew, bakal membawa
pulang wang tunai RM5,000 dan berpeluang dilatih oleh Alam untuk video muzik itu.

Untuk menyertai, hanya daftar semasa uji bakat terbuka yang diadakan di empat lokasi bermula 26 Mei di Tesco Kepong Village Mall, 2 Jun di Tesco Extra Seberang Prai, Pulau Pinang, 9 Jun di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru dan akhir sekali pada 16 Jun ini di Dance Connexion Studio, Bandar Sunway.

Nantikan video muzik paling ‘cool’ oleh Johnson’s baby pada Julai 2012 ini dan
mencuba mandian Johnson’s baby Cooling yang kini boleh didapati di semua kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Johnson’s(R) baby Cool Kids Krew, layari www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,964 views