Comel Bergaya

Pelbagai rekaan baju bayi dan kanak-kanak dihasilkannya berkonsepkan moden dan tradisional menjadi pilihan khas bayi baru lahir hingga kanak-kanak berusia 13 tahun.

Bagi pemilik butik Mamayayazone, Norfetiti Ahmad Nordin, baju rekaannya unik kerana boleh dipakai oleh bayi berusia sehari.

“Antara rekaan saya mengkhusus pada baju bayi berusia sehari kerana kebanyakan pereka hanya menghasilkan baju bayi berusia dua bulan ke atas terutama baju tradisional termasuk baju kebaya, kurung serta peplum yang menjadi trend terkini.

“Saya terfikir untuk menghasilkan baju bayi baru lahir selepas mendapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu baju tradisional untuk bayi mereka bagi menghadiri pelbagai majlis,” katanya.

Untuk keselesaan, dia menggunakan kain kapas dan satin dalam rekaan bajunya yang sesuai untuk kanak-kanak yang tidak tahan dengan cuaca panas.

Fabrik yang digunakan berkualiti tinggi dan dijahit dengan begitu halus oleh tukang jahit berkemahiran.

“Walaupun masih kecil, bayi tetap boleh bergaya ke majlis keraian, sedondon dengan pakaian ibu bapa mereka,” katanya.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

690 views