Denim Potongan Seksi

BAGI penggemar seluar denim, pemakaiannya memberi makna tersendiri kepada mereka.

Ada yang bersifat peribadi dan tidak kurang juga kerana gemarkan jenamanya.

Namun, pemakaian denim boleh melambangkan peribadi seseorang terutama bagi mereka yang mahu menonjolkan personaliti diri.

Pemakaian denim juga mampu memberikan penampilan menarik mengikut bentuk kaki yang dimiliki dengan melihat potongan rekaannya.

Terkini, Wrangler menyaksikan pelbagai himpunan terbaru daripada pereka fesyen jenama terkemuka itu bagi memberi pengalaman menyeronokkan kepada penggemar rekaan mereka.

Tidak ketinggalan, jenama fesyen dari Amerika Syarikat itu menampilkan koleksi seluar denim kepada wanita yang menggemari potongan seksi ditonjolkan pada
bahagian kaki menerusi Mould the Body.

Walaupun ia memberi fokus pada bentuk kaki yang seksi, rekaannya masih mengekalkan ciri keselesaan kepada penggemar celana denim itu.

Menggunakan ciri inovatif pada rekaan seluar denim, ia berfungsi menonjolkan bentuk badan atau fokus menarik yang dimiliki pemakai. Misalnya, poket direka dengan garisan berbentuk hati bagi menyerlahkan lengkungan di bahagian belakang seluar denim.

Selain itu, rekaan berbentuk hati turut digunakan untuk menonjolkan garis pelepah mendatang (yoke line) pada bahagian poket untuk menaikkan kesan bentuk yang lebih menarik pada punggung bagi menampilkan kelainan koleksi terbarunya.

Jenama ini juga menekankan elemen lipatan kemas pada bahagian sisi dan panel bagi mewujudkan kelangsingan, lebih panjang dan menonjolkan paha serta kaki yang seksi.

Bagi mereka yang ingin bergaya senada, ia turut menyediakan koleksi baju, gaun, stoking dan aksesori sebagai pelengkap gaya.

Semua himpunan Wrangler untuk musim bunga dan panas kini boleh didapati di Mid Valley dan Sunway Pyramid bermula pada harga RM39.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

912 views