Digayakan Dengan Blaus Ala Jubah

MENJELANG Ramadan, setiap wanita pastinya inginkan gaya sopan namun masih mengekalkan ciri moden, feminin dan anggun dalam penggayaan.

Jika biasa tampil dengan padanan legging bersama blaus, kemeja atau kemeja-T, bersempena bulan mulia, apa kata ubah padanan kepada gaya lebih santun dan menawan, tetapi masih mengekalkan helaian sama.

Sehelai legging boleh digayakan dengan blaus ala jubah yang pastinya menambah kemanisan kala berfesyen.

Pilih padanan labuh bagi menyerlahkan sisi kewanitaan anda.

Mungkin gaya ini sesuai kala keluar bersama keluarga atau memenuhi undangan berbuka puasa.

Untuk tampil elegan padankan dengan kasut bertumit atau baji supaya anda nampak langsing.

Hiasi gaya polos dengan perhiasan rantai dan anting-anting serta beg tangan sesuai.

Pasti gaya anda menjadi perhatian.

Tip solekan:

Jika mahu lebih bergaya, apa kata buat dandanan rambut sanggul untuk lebih manis dan sopan. Pastikan anda mengenakan anting-anting berjurai serta rantai labuh supaya tampil menyerlah.

Elakkan mengenakan solekan terlalu tebal. Sederhana sudah memadai bagi menyerlahkan kecantikan semula jadi anda.

Padanan blaus labuh polos atau bercorak, anda tetap tampil hebat dengan sehelai legging. Namun pilih rona hitam polos dan bukan legging bercorak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/20

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

872 views