Elak Badan Bau Busuk

SELAIN memiliki kulit wajah yang bersih dan menarik, bau badan juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan penampilan diri terutama jika berada di kawasan sesak yang dipenuhi ramai orang.

>>Oleh Rosmaliana Aida
Mohd Adnan

rosmaliana@hmetro.com.my
Pasti ramai yang akan menyenangi penampilan diri sekiranya tampil segar dan bersih sepanjang masa.

Namun, cuba bayangkan walaupun kekemasan diri terjaga tetapi apabila berada dekat, bau badan menusuk hidung hingga adakalanya kita terpaksa menutup hidung.

Justeru, pengeluar semburan badan, Axe yang banyak memfokuskan wangian badan lelaki sebagai produk utama kini memberikan kelainan. Jenama terbabit melancarkan koleksi haruman terbaru dengan memperkenalkan Anarchy bagi si jejaka berserta wangian pertama edisi terhad untuk si gadis.

Cetusan idea ini terhasil daripada daya tarikan yang dimiliki antara si jejaka dan gadis menggunakan wangian yang boleh dinikmati kedua-duanya.

Menurut Pengurus Pemasaran Deodoran dan Penjagaan Kulit, Unilever (M), Holdings Sdn Bhd, Ray Guinoo, pelancaran wangian terbaru ini mewakili satu evolusi baru bagi koleksi wangian Axe.

“Daripada maklum balas yang diperoleh kami sedia maklum golongan lelaki menggemari keharuman Axe disebabkan keyakinan dan kelebihannya.

“Jenama ini bukan sekadar produk perapian kerana ia turut merangkumi gaya hidup unik peminat setianya di samping mewujudkan daya tarikan antara kedua-dua jantina terbabit,” katanya.

Anarchy For Him dan For Her adalah wangian menarik serta menyeronokkan bermula dengan wangian berunsur buah-buahan yang lembut manakala For Him pula mengetengahkan pati wangian berunsur ketimuran (oriental).

Guinoo berkata, ia direka pereka wangian terkemuka dunia, Ann Gottlieb yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun yang sebelum ini menghasilkan pelbagai wangian terlaris untuk jenama minyak wangi terkenal seperti Calvin Klein dan Marc Jacobs.

Katanya, disebabkan haruman untuk si gadis ini direka untuk keluaran edisi terhad saja, ia hanya akan berada di pasaran untuk beberapa bulan.

“Sejak mula, fokus produk jenama ini khusus untuk golongan lelaki saja dan disebabkan itu, wangian terbaru untuk si gadis hanya dipasarkan dalam tempoh yang singkat.

“Kami sentiasa ingin memberikan kelainan kepada pasaran produk pengguna bagi memberikan lebih banyak pilihan terutama daripada segi penjagaan kebersihan dan penjagaan kulit tempatan,” katanya.

Di samping itu, bersempena pelancaran wangian Anarchy terbaru ini, Axe juga melancarkan peraduan The Search for the 1,000 Top Secret Cans.

Peraduan ini memberi peluang kepada pengguna setia jenama berkenaan mengalami suatu kelainan selain berpeluang membawa pulang hadiah hebat bernilai RM40,000.

Lima peserta teratas yang berjaya mengumpul bilangan tin rahsia tertinggi akan layak untuk merebut hadiah pakej percutian bertaraf lima bintang di kepulauan untuk dua orang, jam tangan berjenama Tag Heuer, sistem teater rumah jenama Sony, telefon bimbit iPhone 4S dan juga XBox Kinect.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman facebook Axe Malaysia, www.facebook.com/AXEmalaysia.

Haruman terbaru berkenaan dijual di semua farmasi dan pasar raya terkemuka dengan harga RM16.90 setiap satu.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

905 views