Elegan, Praktikal, Bergaya

KOLEKSI terkini jenama aksesori mewah terkemuka Tod’s banyak diilhamkan oleh gaya hidup individu yang menginginkan sesuatu kelainan tetapi lebih praktikal untuk digayakan seharian.

Tidak dinafikan kini kebanyakan wanita menjalani gaya hidup berkerjaya yang sibuk dan pastinya mahukan aksesori serta pakaian yang elegan dan berbeza.

Disebabkan itu, jenama mewah ini mengetengahkan inovasi rekaan lebih moden, chic dan bergaya serta digabungkan dengan bentuk pertukangan klasik menarik.

Musim ini, Tod’s menawarkan koleksi rekaan beg yang lebih elegan dengan bentuk serta ciptaan pakar yang lebih halus.

Malah, penggunaan kulit anak lembu yang lebih lembut menjadi keutamaan sebagai badan beg yang dihasilkan kerana ia lebih semula jadi dan memiliki penggemarnya yang tersendiri.

Selain itu, rekaan beg juga mengilhamkan gaya lebih santai, lebar dan lembut namun dipertingkatkan dengan tali bahu yang lebih optimum.

Model baru ini menggabungkan keanggunan bahan serta bentuk bagi menghasilkan ikon klasik masa depan dengan gaya lebih elegan dan menarik.

Di samping itu, jenama ini turut memperkenalkan rekaan beg ikon utamanya iaitu beg D dengan gaya yang diperbaharui secara menyeluruh.

Ia adalah satu bentuk evolusi mudah daripada reka bentuk koleksi beg D asal. Direka menggunakan bahan kulit paling eksklusif, penggayaan beg D terbaru ini mampu memberikan kepuasan dari segi kemasan beg yang lebih kontemporari.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

996 views