Fesyen Wanita Islam Tak Statik

Kepelbagaian fesyen Muslimah seperti blaus labuh, kardigan, skirt, seluar, gaun dan jubah kini memenuhi keperluan wanita bertudung kala berfesyen.

Malah, ia diserlahkan dengan kombinasi tudung jenis selendang atau potongan baju berhud yang kian popular kini.

Bukan saja mudah digayakan, ia juga memberi kelainan terutama bagi mereka yang gemar menggabungkan beberapa warna tudung pada satu masa.

Itulah yang cuba diketengahkan butik Saraya Zahret bagi memastikan fesyen wanita Muslimah tidak hanya tertumpu pada satu bentuk pilihan statik.

Menurut pemilik butik berkenaan, Suriyati Daman, konsep suai padan menjadi pilihannya untuk ditonjolkan kepada pelanggan.

Baginya, konsep ini bukan saja menjimatkan malah setiap ceraian pakaian yang digunakan boleh diberikan sentuhan baru yang lebih moden jika kena dengan pilihan gayanya.

“Tidak perlu berbelanja lebih semata-mata ingin mendapatkan fesyen diingini kerana jika diberikan sedikit penambahan dan pengubahsuaian, ia mampu menyerlahkan kelebihan penampilan dengan gaya tersendiri.

“Jika tudung boleh digayakan secara bersahaja, begitu juga dengan pakaian. Jika skirt sedia ada masih baru, kita boleh dapatkan kombinasi blaus terkini berserta kardigan, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Idea untuk menghasilkan rekaan sebegini timbul melalui pemerhatian iaitu dengan menggabungkan beberapa bentuk sedia ada bagi menghasilkan gaya baru yang lebih menarik dan unik.

Menurutnya, apa yang ingin ditonjolkan kepada pelanggan melalui rekaan fesyen dihasilkannya adalah suatu kelainan agar jenama ini memiliki identiti sendiri sekali gus memberikan kepuasan bagi mereka yang gemar berfesyen.

Selain itu, butik berkenaan turut menyediakan koleksi pakaian kanak-kanak melalui jenama Tweenkle Zahret. Untuk mereka yang ingin mendapatkan fesyen terkini pada harga ekonomi, ada pula jenama From Jenna To Jo.

Tidak ketinggalan disediakan rekaan terkini melalui rangkaian Fabulosity With Curves (FWC Zahret) untuk saiz berbeza daripada biasa.

Tip gaya:

Bagi mereka yang memiliki badan agak berisi, skirt yang digayakan perlu mengikut bentuk tubuh iaitu ketat di bahagian paha dan kembang di bawahnya.

Untuk baju pula, pilihan baju labuh lebih sesuai kerana ia mampu menonjolkan ilusi ramping pada diri ketika bergaya.

Harus diingatkan pemilihan gaya berfesyen bukan sekadar mengikut trend terkini tetapi juga kesesuaian diri dengan padanan busana agar tidak kelihatan pelik.

Terima kasih:

Butik Saraya Zahret Collection

G-11 Seri Bangi, Jalan 8/35 Seksyen 8, Bandar Baru Bangiw

Tatarias: Ajalm Bridal House

45G, Jalan Pju 5/20E, The Strand Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor/ (03-61508836) / www.sarayazahret.com.

No A-1, Tingkat Atas, Bazar Mains, Jalan Dato’ Abdul Rahman, Seremban (Facebook – Ajam Make Over)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

538 views