Gaya Ceria Penuh Warna-warni

Peruncit tersohor bagi barangan fesyen mewah dan terkenal di Malaysia, Melium, membawakan beberapa koleksi terkini dari jenama antarabangsa bagi musim bunga/panas 2014.

Demi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan gaya berbeza, untuk musim kali ini beberapa jenama antarabangsa menghasilkan rekaan penuh warna-warni dan ceria, sesuai bagi mereka yang berjiwa muda.

Antara koleksi terbaru dari jenama yang dibawakan Melium adalah Aqaq, Emilio Pucci, Markus Lupfer, Mary Katrantzou, MSGM dan Saint Laurent.

Aqaq menampilkan gaun pendek dengan warna merah jambu terang dan jingga, manakala Emilio Pucci menghasilkan blaus, gaun, skaf dan tali pinggang dengan corak berwarna-warni yang menarik perhatian.

Markus Lupfer dan Mary Katrantzou masing-masing membariskan gaun pendek tanpa lengan yang sarat corak dan menggunakan warna terang, namun skirt gaun Mary Katrantzou berpotongan puteri, memberi karakter ceria dan muda kepada pemakai.

Begitu juga gaun berpotongan unik lengkap dengan peplum ditampilkan MSGM yang banyak bermain dengan warna oren dan merah jambu terang.

Bagi musim bunga/panas ini, Saint Laurent memperkenalkan beg tangan berwarna jingga dengan potongan kemas, moden dan praktikal.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

461 views