Gaya Lebih Menarik

Jahitan kemas dan gaya kasual menyerlahkan penampilan koleksi jenama La Martina bagi musim bunga dan panas 2014.

Daripada warisan tradisi Inggeris diperbuat daripada kain tweed dan kapas Oxford, koleksi berkenaan juga memaparkan gabungan corak liar ala Afrika dan terang ala Itali.

Ia menampilkan tiga rekaan fesyen iaitu Guards, Portofino dan Kenia. Antara yang mampu mencuri hati peminat fesyen adalah beg kulit yang dijahit kemas dengan gaya terkini.

Bagi lelaki, briefcase daripada kulit membuat-kan golongan profesional nampak lebih yakin dan bergaya manakala untuk wanita, beg tangan dengan tali panjang, tote serta beg baju boleh menukar gaya harian mereka menjadi lebih menarik.

Jahitan, kancing dan rantai pada beg membuatkan ia kelihatan lebih menarik, ditambah pula dengan aksesori sampingan lain termasuk topi, cermin mata gelap, tali pinggang, sapu tangan dan kasut.

Kasut daripada koleksi terbaru La Martina yang dihasilkan daripada kulit juga mampu menyerlahkan gaya dengan penampilan kemas kasual warna lembut yang boleh dipadankan dengan beg jenama serupa.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

576 views