Gaya, Rona Rambut Idaman
Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Memiliki rambut yang cantik dan berkilau adalah idaman bagi setiap insan.
Jadi, tidak hairanlah jika ada wanita yang sanggup berhabis ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan dan rawatan terbaik di salun eksklusif.
Namun, tahukah anda bahawa kini tidak perlu lagi membazirkan wang sebanyak itu setiap bulan kerana boleh melakukan penjagaan dan rawatan sendiri di rumah.
Dengan rangkaian penjagaan dan pewarnaan rambut terbaru SYOSS COLOR, anda boleh menjadikan rumah sebagai salun sendiri.
Pengurus Besar Henkel Beauty Care Retail Malaysia, Tan Hock Guan berkata, pihaknya bangga kerana dapat mewarnai gaya hidup wanita di negara ini.
Kata beliau, rangkaian jenama itu sebelum ini menjadi fenomena gaya untuk wanita terutama di Eropah dan Asia.
“Rangkaian produk ini arif mengenai keperluan gaya rambut wanita terutama di Asia dengan wangian harum flora dan kemanisan sitrus.
“Ia menawarkan variasi syampu, perapi dan rawatan iaitu rangkaian terapi pemulihan, rawatan kelembapan intensif dan kawalan untuk kelemumur yang menjadi penyelesai kepada masalah rambut.
“Ia dicipta dan diuji oleh pakar warna dan rambut antarabangsa bagi memastikan pengguna mendapat kualiti terbaik seumpama perkhidmatan pakar di salun mewah,” katanya.
Jelas Tan lagi, produk itu merealisasikan impian wanita untuk mendapatkan gaya dan rona rambut yang diidamkan tanpa perlu keluar rumah.
Berbanding produk lain, rangkaian itu memberi peratusan warna yang tinggi dalam mewarnakan rambut putih dengan lebih menyeluruh dan pada masa sama memberi kiluan yang melengkapkan lagi gaya.
Terbaru, jenama itu ilhamkan lapan rona warna yang bakal menjadi aliran gaya hidup penuh bergaya wanita Asia. Rona itu di pilih berdasarkan kajian yang dijalankan untuk memberi wajah baru kepada penampilan wanita.
“Pilihan rona ini dijangka mampu menawan hati wanita di negara ini terutama untuk mereka yang bukan saja gemar mewarnakan rambut dan mengutamakan gaya, malah mementingkan kesihatannya.
“Rangkaian baru ini mengandungi Pro-Cellium Keratin, satu formulasi berkesan yang dibangunkan oleh pendandan rambut terkemuka Jepun untuk rambut Asia.
“Teknologi profesional menguatkan gentian rambut dari dalam dan ia digunakan oleh beribu-ribu pendandan rambut di seluruh dunia untuk semua jenis rambut,” katanya.
Sementara itu, pada majlis yang sama, jenama berkenaan turut bekerjasama dengan pereka yang sedang meningkat naik, Alia Bastaman untuk memperagakan lapan koleksi fesyen terkini.
Setiap himpunan rekaan yang dihasilkan Alia disesuaikan dengan gaya rambut pilihan wanita.