Gel Bantu Lenyap Jerawat

Kehadiran jerawat bukan suatu pengalaman yang menyenangkan, tetapi berita baiknya, ia boleh dihapuskan.

Cuma barangkali hasil penyelesaian itu meninggalkan bekas jerawat pada kulit. Kebiasaannya, bekas jerawat disebabkan tindakan memicit jerawat sedangkan umum mengetahui, kita tidak harus melakukannya.

Bekas jerawat dan cela pada wajah sering dianggap masalah serius bagi mereka yang mengalaminya. Ia menjejaskan keyakinan diri, apabila menyedari ia mengganggu rupa paras mereka.

Siapa yang tidak mahu memiliki wajah jernih dan bebas cela?

Justeru, Oxy yang dikenali sebagai rangkaian penjagaan kulit antijerawat, kini memiliki penyelesaian jerawat dengan memperkenalkan gel Anti-Pimple Mar.

Gel baru ini tidak hanya menyamarkan bekas jerawat, tetapi juga melembutkan kulit, membantu melenyapkan cela dan menggiatkan sel kulit.

Ia mengandungi vitamin C dan antioksida yang tinggi untuk membantu memudarkan bekas jerawat dan tompok gelap. Ia juga dirumus bersama arbutin untuk mencerahkan dan menyeragamkan ton kulit secara berkesan.

Sapukan ia beberapa kali sehari pada kesan jerawat sebelum mekap. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh kini boleh didapati di farmasi utama dan pasar raya besar pada harga RM13.90 (12 gram).

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,335 views