Gincu Bibir Harum, Berkhasiat

Manjakan bibir anda dengan gincu mewah yang melimpahi bibir dengan rona memukau sekali gus memberikan sensasi kejelitaan.

Gincu terbaru Avon, Totally Kissable yang dirumus dengan evolusi adunan minyak semula jadi dan enzim buah-buahan, menyaluti bibir dalam rona mewah yang harum dan berkhasiat.

Dengan bekas gincu pelbagai dimensi yang anggun dan penuh cita rasa, formulanya menjadikan warna bibir kelihatan mewah yang sesuai digayakan pada bila-bila masa.

Rumusan enzim buah-buahan seperti avokado dan minyak kelapa dalam Totally Kissable pula melicin dan melembapkan bibir untuk penampilan menggoda.

Selain itu, kandungan kolagennya turut menjadikan bibir terasa lebih mungil dan gebu secara semula jadi.

Pilihan 10 warnanya termasuk Lacey Mauve, Racy Red, Deep Orchid, Smitten Red, Berry Smooch, Make Out Red, Red Embrace, Mauve Allure, Pink Wink dan Fushia Flirt.

Menerusi maklum balas yang diterima dalam kajian persepsi pengguna, 96 peratus wanita mendapati bibir mereka terasa lebih lembut dan licin selepas menggunakan gincu Totally Kissable Lipstick. Pada masa sama, dengan setiap pembelian gincu berkenaan, RM1 akan disalurkan ke tabung amal kanser payudara Avon.

Totally Kissable Lipstick dijual bermula 16 Mei lalu pada harga RM23.90 (Sabah dan Sarawak, RM27.50).

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-22-AVON (2866) atau layari class=”right”>Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/12

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

930 views