Hidangan Ringkas

Walaupun ramai yang menikmati hidangan berbuka puasa di restoran atau mencuba juadah istimewa di bazar sepanjang Ramadan, selepas seminggu atau dua, keinginan untuk hidangan ringkas yang dimasak sendiri pasti terasa.

Antara pilihan ialah resipi tradisional yang mudah disediakan. Oleh kerana memahami keinginan itu, jenama Ayam Brand menyajikan resipi ringkas yang boleh disediakan dalam tempoh 45 minit atau kurang. Ia sesuai untuk sesiapa saja yang inginkan hidangan yang dimasak di rumah tanpa menghabiskan masa berjam-jam di dapur.

Berikut cara menyediakan hidangan ringkas bubur lambuk dan sandwic sardin. Layari www.ayambrand.com.my untuk mencuba pelbagai resipi saban hari.

Bubur lambuk (hidangan untuk empat hingga enam orang)

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit

Bahannya
100ml santan Ayam Brand
100 gram beras dicuci dan ditos
1300ml air
75 gram daging lembu dicincang
75 gram ayam dicincang
75 gram udang dibuang kulit
1 inci kayu manis
1 bunga lawang
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia dipotong memanjang
Garam secukup rasa
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun bawang dipotong sederhana

Cara penyediaan

1. Masukkan beras, air, daging lembu, kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih dalam satu periuk yang besar. Didihkan. Perlahankan api untuk menumis dan sentiasa kacau. Biar sehingga nasi menjadi lembut dan berkrim.

2. Campurkan santan, ayam dan udang. Masak 10 hingga 15 minit lagi dan taburkan garam secukup rasa. Alihkan daripada dapur.

3. Ceduk dan masukkan dalam mangkuk untuk dihidangkan. Hias dengan menabur bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas.

Sandwic sardin (untuk 12 sandwic)

Masa penyediaan: Dua minit
Masa memasak: Lima hingga 10 minit

Bahannya
1 tin 425 gram sardin dalam tomato sos Ayam Brand
3 sudu besar minyak
1 bawang merah dicincang
2 cili merah dicincang
1 sudu teh gula
2 limau kasturi (ambil jusnya)
1 sudu besar sos ikan
Timun

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tambah bawang dan cili dan goreng selama tiga minit.

2. Campurkan sardin dan masukkan sos ikan. Lenyekkan sardin sambil memasak. Imbangkan rasa dengan gula dan masak sehingga hampir kering.

3. Alihkan daripada dapur, biarkan sejuk sedikit dan campurkan jus limau kasturi pada sardin.

4. Sapukan sardin pada roti dan letakkan hirisan timun sebelum diapit dengan sekeping lagi roti.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

689 views