Hotel Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik
Sebagai sebahagian daripada projek komuniti Hotel One World Petaling Jaya membawa 45 anak yatim dan penjaga Pusat Jagaan Baitul Hidayah untuk jamuan berbuka puasa di Cinnamon Coffee House pada Ramadan lalu.
Bertemakan ‘Merealisasikan Satu Hajat’ ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hotel membantu golongan memerlukan.
Menurut pengarah kewangannya, Joanne Chau sempena musim perayaan kali ini sumbangan diperoleh daripada semua kakitangan yang sudi membantu amat dihargai.
“Ia sememangnya sesuatu yang tidak dapat dilupakan untuk berbuka puasa di samping berkongsi kegembiraan bersama anak yatim.
“Apabila melihat senyuman di wajah kanak-kanak berkenaan amat bernilai. Malah, inisiatif ini menjadi peringatan kepada diri untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan bersyukur atas apa yang kita ada,” katanya.
Pusat Jagaan Baitul Hidayah memerlukan RM16,300 sebulan untuk mengekalkan perbelanjaan harian rumah berkenaan.
Untuk maklumat lanjut boleh hantarkan e-mel kepada pbaitulhidayah@yahoo.com.