Impak Warna Busana

PILIHAN koleksi gaun labuh dan singkat menggunakan sifon mampu memberikan impak menyerlah.

Itu antara konsep diketengahkan butik dalam talian, Aqar Couture bagi mereka yang ingin tampil bergaya dengan cara tersendiri menggunakan busana ringkas tetapi menarik.

Tidak perlu menggunakan perincian dan aksesori yang terlalu sarat kerana busana saja sudah cukup menyerlahkan gaya mengikut personaliti diri.

Namun, pemakaian aksesori masih menjadi keperluan bagi memastikan diri tidak terlalu ‘kosong’. Antara aksesori yang boleh digunakan ialah gelang tangan, rantai leher, cincin serta subang.

Gunakan aksesori minimum untuk mengelakkan perhiasan membayangi keunikan dan keindahan busana.

Selain itu, warna busana juga memberikan impak kepada wanita. Bagi mereka yang berani, cuba gunakan warna terang seperti kombinasi merah dan jingga malah ia akan menceriakan hari anda bersesuaian dengan usia muda.

Untuk kelihatan seksi pula, pilih gaun labuh yang menyerlahkan bahagian bahu dan lengan.

Tip penampilan diri menarik:

Jenis pakaian – Pakaian perlu mengikut kesesuaian majlis dan persekitaran. Elakkan busana yang memiliki terlalu banyak corak atau gambar untuk tampil lebih ringkas dan bersahaja.

Keadaan pakaian – Pakaian sentiasa kemas dan bersih. Pastikan ia bergosok malah, saiz baju atau seluar mesti berpadanan serta memberi keselesaan pada diri. Paling penting, pakaian harus bersih supaya tiada bau kurang menyenangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

871 views