Inspirasi Gaya Wanita Elegan

Jenama terkemuka Coach memperkenalkan gandingan terkini dengan jurufoto fesyen terkenal China, Chen Man dalam menyerlahkan koleksi kasut terbaru jenama berkenaan bagi rekaan musim luruh 2013.

Chen Man berjaya menonjolkan pelbagai siri gaya hidup, hasil inspirasi gaya wanita penuh elegan hanya menerusi gambar.

Mengetengahkan tema ‘mengikut jejak langkahnya’, imej berkenaan berkisar mengenai kehidupan jurufoto terbabit dari perspektif penggayaan kasut harian.

Koleksi terbaru berkenaan menggambarkan gaya penuh chic dan mewah serta memaparkan kedua-dua bebayang bentuk klasik namun me-ngikut fesyen terkini.

Rekaan yang ditonjolkan itu menggabungkan penggunaan kulit dan teknik pertukangan terbaik bagi memenuhi kehendak wanita moden.

Selain itu, koleksi terbabit turut menggunakan fabrik bercetak, cetakan timbul
kulit ular sawa dan paten dwiwarna bagi menyemarakkan koleksi musim kali ini.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,834 views