Jelita Bak Wanita Maghribi

PERMINTAAN tinggi terhadap produk kejelitaan mendorong banyak syarikat memasarkan pelbagai barangan penjagaan kecantikan di pasaran.

Mereka memahami keinginan untuk kelihatan cantik dan jelita adalah naluri semula jadi kaum Hawa. Tidak cukup dengan itu, kulit yang awet muda dan sihat turut menjadi dambaan.

Sedar atau tidak sedar, ramai antara wanita ini sering menjadikan kejelitaan wanita Maghribi sebagai inspirasi. Sudah dikenali di seluruh dunia, wanita negara itu mempunyai kulit yang licin, bersih dan anjal.

Rahsia kecantikan itu rupa-rupanya hasil daripada penggunaan minyak argan.

Dikenali sebagai ‘cecair emas Maghribi’, minyak argan digunakan sejak ratusan tahun dulu oleh golongan bangsawan untuk melembutkan kulit kering, mengurangkan kedutan dan garis halus, psoriasis, pecahan pada bahagian tumit kaki serta mencerahkan parut dan jeragat.

Jika mengenali suku kaum Berber di bahagian barat-daya Maghribi, anda pasti akan lebih memahami mengapa minyak argan menjadi aspek penting dalam kehidupan mereka sejak berkurun lamanya.

Bagi menghasilkan minyak argan, sebanyak 50 kilogram kacang argan digunakan.
Jumlah itu saja digunakan untuk menghasilkan satu liter minyak argan bersih dan berkualiti.

Atas sebab itu, ia dipanggil cecair emas. Ternyata, ia sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki.

Jenama produk kecantikan dari Itali, L’Erbolario Lodi tidak mahu ketinggalan membantu golongan wanita tampil cantik dan berseri.

Terbaru daripada jenama ini adalah dua produknya yang berasaskan minyak argan, The Argan Oil untuk muka dan leher. Diperkaya dengan vitamin E, asid omega-6, tocopherol dan polyphenol, minyak ini membantu untuk memulihkan semula penghasilan sel kulit.

Selain itu, L’Erbolario Lodi juga memperkenalkan krim badan menerusi The Argan Oil Body Cream.

Ia dihasilkan untuk golongan wanita yang kurang menyukai bau haruman kuat pada krim badan, tetapi masih boleh merasai sensasi kulit yang halus selepas mandi dengan sapuan krim badan berasaskan bahan bebas kimia.

Kedua-dua produk berkenaan (berharga RM169 dan RM179) sesuai digunakan setiap hari dan boleh didapati di butik konsepnya di pusat beli-belah Bangsar Shoppung Centre, Kuala Lumpur dan 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor atau kaunter L’Erbolario Lodi di Isetan KLCC.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,291 views