Kasut Selesa

TUGAS memilih kasut yang ideal memerlukan ketelitian tinggi, apatah lagi wanita mahupun lelaki kini arif mengenai beberapa elemen yang menjadikan sepasang kasut sempurna.

Menyedari lambang kesempurnaan kasut adalah gabungan keselesaan, gaya dan fungsi yang sukar ditemui, Scholl memperkenalkan koleksi terkininya mulai Julai hingga Disember ini.

Kasut yang menampilkan gaya terkini tidak semestinya selesa dan ia menjadi masalah kepada golongan pekerja yang terbabit dalam lapangan yang memerlukan mereka berdiri dalam jangka masa lama setiap hari.

Oleh itu, keselesaan dan ketahanan menjadi keutamaan dalam pemilihan kasut yang bukan saja mampu menampung kaki seseorang, malah memudahkan pergerakan tanpa mencederakan kaki.

Berbekalkan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kaki di lebih 70 negara seluruh dunia, Scholl melabur dalam pelbagai teknologi pelapik kaki yang menjanjikan keselesaan dan sokongan kaki kepada semua pemakai.

Koleksi terbarunya itu menyaksikan pengenalan rangkaian Scholl Dania, terdiri daripada tiga reka bentuk sandal berlainan jenis untuk memenuhi cita rasa setiap wanita.

Sandal berkenaan memberi sokongan dan keselesaan pada lengkungan tapak kaki sepanjang hari dan boleh didapati dalam warna alam semula jadi, justeru mudah dipadankan dengan pakaian.

Bagi mereka yang ingin menambah ketinggian, kasut daripada rangkaian Destinee bertumit wedge mempunyai rekaan unik tumit terbuka yang dipakai secara
menyangkut atau menyarung. Ia didapati dalam warna musim luruh seperti kuning, ungu, gangsa, hitam dan putih.

Selain itu, lelaki dan wanita akan mendapat lebih pilihan menerusi rangkaian selipar dengan pelapik kaki Bio Mechanics yang selesa. Pelapik kaki itu direka secara klinikal untuk membantu meluruskan semula posisi kaki, sekali gus melegakan masa-lah kaki yang lazim.

Ia turut menampilkan pelbagai corak bunga-bungaan warna emas, perak dan piuter manakala koleksi lelaki menonjolkan gaya corak selipar tahan lasak coklat dan hitam.

Pada masa sama, Scholl turut mempersembahkan siri Darron yang direka dengan menggabungkan gaya ideal, personaliti dan keselesaan untuk golongan lelaki yang aktif.

Kasut bercirikan gaya sukan itu didapati dalam warna biru, khaki dan coklat gelap serta reka bentuk potongan tinggi. Koleksi lain ialah Men Festive Scholl, pelengkap kepada lelaki yang bekerja di pejabat.

Bagi wanita yang sukakan gaya santai, koleksi Christina 2 boleh didapati dalam warna coklat gelap, khaki, hitam dan kuning cair serta koleksi selipar, Doris yang akan dilancarkan pada September ini.

November ini pula, Scholl turut memperkenalkan rangkaian Festive Ladies Scholl yang menampilkan tiga rekaan unik untuk memberi keselesaan kepada wanita berkerjaya di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/03

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,358 views