Kekal Rambut Berwarna
Rambut yang sering terdedah dengan penggunaan bahan kimia berisiko untuk mengalami kerosakan. Ini kerana semasa proses rawatan, kelembapan rambut dan lapisan lipid asli (lapisan F) turut berfungsi sebagai pelindung kepada serat rambut akan hilang.
Apabila warna atau bahan kimia yang digunakan untuk proses mengerinting mula menyerap masuk ke dalam kutikel rambut, protein yang berfungsi untuk mengekalkan kecantikan rambut mula rosak dan lemah.
Menurut Saintis Rambut, Komunikasi Saintifik Pantene, Lais Koelle, kerosakan itu boleh menyebabkan rambut gagal untuk mengekalkan warna dan struktur kerinting yang dimiliki.
Malah, ia juga boleh menyebabkan rambut sukar diurus terutama selepas dicuci beberapa kali. Justeru, bagi memenuhi keperluan diinginkan individu yang mahu menjaga kesihatan rambut walaupun sering bertukar warna dan gaya, Pantene memperkenalkan rangkaian Pro-V Colour Perm Lasting Care untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Penemuan terbaru itu penting kerana penampilan rambut yang menawan dan sihat bukan saja menyerlahkan kecantikan individu malah ia juga dapat meningkatkan keyakinan pada diri.
Ia diilhamkan menerusi pemahaman mengenai masalah warna mudah luntur dan mengekalkan keriting rambut yang dialami sesetengah wanita.
“Gabungan formula istimewa Pantene Pro-V dan sistem syampu cecair kristal menghasilkan satu lapisan F tiruan di permukaan rambut.
“Ia direka untuk memperbaiki dan melindungi warna serta struktur rambut keriting. Saya yakin dengan teknologi terbaru ini dapat membantu mengekalkan rambut cantik dan menawan,” katanya.
Rangkaian produk terbaru itu direka untuk kesan baik pulih yang tinggi bagi membantu golongan wanita mendapatkan kesan warna daripada dimensi berbeza dan struktur kerinting lebih menarik tanpa memudaratkan kesihatan rambut.