Kekal Tampak Muda
ARTISTRY, jenama kecantikan berprestij Amway, baru-baru ini memperkenalkan Youth Xtend, koleksi penjagaan kulit yang komprehensif, proaktif dan mampu menangani tanda awal penuaan melalui kombinasi sinergi botani dan teknologi serba maju.
Diuji secara klinikal bagi memberi kesan yang diingini hanya dalam tempoh seminggu, rumusan Youth Xtend dihasilkan daripada kajian intensif dan penyelidikan lanjut hayat dan aktiviti sirtuin yang sangat penting bagi melambatkan proses penuaan.
Dibangunkan untuk menangani tanda awal penuaan, ia menggabungkan pendekatan tiga fasa bermula dengan ekstrak botani, LifeSirt, datang daripada tumbuhan Myrtle yang banyak di kawasan Mediterranean, juga dikenali kerana ciri pemulihan yang membantu memprogram semula masa depan kulit menerusi manfaat yang dapat melanjutkan hayat sel kulit sihat.
Rangkaian penjagaan itu juga mampu memperbaiki kerosakan sedia ada melalui penggunaan teknologi Micro X-6 Peptide iaitu sejenis protein eksklusif yang mensasarkan garis halus dan kedutan di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
Melengkapkan rumusan itu adalah ekstrak kaya khasiat daripada pohon baobab di Afrika yang turut dikenali sebagai pohon kehidupan di negara eksotik itu, bersama ceri aserola dan blackcurrant.
Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan masa depan dengan antioksidan pelindung serta manfaat kelembapan bagi mengekalkan kesegaran kulit.
Ketua Pemasaran Amway, Abel Lim, berkata produk kecantikan keluaran syarikat itu adalah antara jenama terkemuka di Malaysia kerana menyahut keperluan wanita dengan memberi penyelesaian berinovasi dan terbaru.
“Pelancaran ini adalah bab baru bagi Artistry kerana kami mencipta produk yang membantu wanita mengekalkan penampilan muda remaja,” katanya.
Turut hadir, Naib Presiden Kecantikan Global Amway, Maud Pansing.
Sementara itu, Saintis Penyelidikan Kanan Artistry, Jesse Leverett, berkata seawal usia 25 tahun, wanita mula menunjukkan tanda awal penuaan seperti garis halus, kedutan, kerutan di hujung mata serta kulit hilang seri, sebahagiannya akibat kesan radikal bebas, pendedahan kepada matahari, pencemaran, tekanan, gaya hidup, genetik dan kesan kehidupan seharian.
“Namun, satu kombinasi eksklusif bahan botani dan teknologi maju dikenal pasti dapat membantu kulit mengekalkan kemuncak prestasinya lebih lama berbanding jika dibiarkan begitu saja tanpa bantuan,” katanya.
Diuji pakar dermatologi, koleksi Youth Xtend tidak menyumbat liang roma dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Koleksi yang terdiri daripada lapan barangan penjagaan kulit itu ditawarkan di Amway bermula 1 Disember ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.amway2u.com.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07