Kembali Kepada Akar Umbi

Respek. Bukan sekadar yang muda pada golongan lebih tua. Respek. Tidak hanya daripada warga pekerja untuk ketua yang lebih tinggi statusnya. Respek. Lazimnya dilakukan kaum Hawa untuk golongan si Adam yang menjadi amalan masyarakat sejak turun-temurun.

Tapi berapa kerat sangatkah respek ini dilakukan ke atas wanita? Ya, kita respek atau menghormati ibu serta wanita lebih tua daripada kita tetapi hakikatnya makin ramai wanita menjadi mangsa keganasan domestik, juga diskriminasi dalam aktiviti harian dan peluang berbeza antara gender.

Dengan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ketika ini, kesedaran terhadap wanita sepatutnya bertambah baik dan positif, sekali gus membantu menyemarakkan nilai kemasyarakatan sesebuah negara.

Namun berdasarkan rekod, sepertiga wanita dipercayai pernah menjadi mangsa keganasan sama ada dipukul, dijadikan habuan seks, didera dan dianiayai menerusi pelbagai cara, sementara seperempat wanita dizalimi malah didera ketika hamil.

Berdasarkan perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara puratanya setiap hari enam wanita di negara ini menjadi mangsa rogol, namun bilangan sebenarnya jauh lebih tinggi kerana hanya 25 peratus kes rogol dilaporkan.

Statistik juga menunjukkan pada 2007 hingga Februari 2012 mencatatkan 18,124 kes keganasan rumah tangga iaitu 3,756 kes (2007); 3,769 (2008); 3,643 (2009); 3,173 (2010); 3,277 (2011) dan 506 kes pada dua bulan pertama 2012.

Meskipun jumlahnya tampak mendatar, purata sebenarnya mendapati lebih 3,000 wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam setahun.

Nyata, institusi kekeluargaan yang kukuh didapati mampu memainkan peranan signifikan dalam menangani masalah keganasan dan ketidakadilan ke atas wanita ini.

Dengan adanya program kesedaran dan bantuan seperti Hari Wanita Kebangsaan yang disambut Ahad lalu, ia diharapkan menjadi ruang untuk wanita negara ini memperkasakan diri dan sedar dengan hak asasi mereka.

Bak kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim, tema ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’ bagi sambutan tahun ini ibarat signal atau penyampaian mesej yang kuat, bukan saja untuk wanita tapi masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

“Saya percaya kepada ‘back to basic’ atau kembali kepada akar umbi dalam menangani sebarang bentuk cabaran mahupun masalah, termasuklah isu keganasan terhadap wanita yang kian menjadi-jadi dalam masyarakat kita.

“Tema itu dipilih bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan lelaki, mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat progresif yang sensitif gender.

“Tidak keterlaluan saya sifatkan bahawa tingginya tamadun sesebuah negara itu boleh dilihat pada cara wanita dinilai dalam masyarakat terbabit.

“Selain itu, mesej respek kepada wanita bukan saja ditujukan khas untuk kaum lelaki dalam konteks keganasan dan diskriminasi gender. Tapi ia turut merangkumi penghormatan terhadap wanita dalam konteks lebih luas, di mana wanita itu sendiri terlebih dulu perlu menghormati diri mereka dan dalam masa sama respek kepada wanita lain.

“Wanita perlu mempunyai solidariti yang kukuh dan kesatuan wanita yang kuat boleh membantu memperkasakan lagi wanita dalam masyarakat,” katanya.

Tambahnya, selepas seseorang wanita itu tahu dan faham mengenai haknya, kesedaran perlu diterapkan dalam ahli keluarga agar masalah terbabit dapat dicegah atau dielakkan daripada menjadi lebih kronik.

Di pihaknya, KPWKM komited dalam usaha melindungi serta memperkasakan wanita menerusi penganjuran bermacam program kerjasama dengan agensi kerajaan lain, di samping badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan anggota masyarakat secara amnya.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,230 views

0 views