Kerap Sakit Belakang
“Bagaimanapun dengan sokongan dan galakan suami, akhirnya saya menerima kewujudan janin yang kian membesar dan bersyukur apabila merasai tendangannya buat kali pertama,” ujarnya yang berpengalaman selama 16 tahun sebagai jururawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
Selain kelesuan yang biasa dialami serta sakit belakang kerap berlaku, menurut Zurainawaty, kehamilan kali ini agak tenang kerana mabuk hamil tidak begitu teruk.
Namun, dia mengakui apabila usia meningkat, kesukaran tetap dialami.
“Sebagai ketua jururawat, saya masih mengamalkan kemahiran perbidanan secara aktif setiap hari. Saya merasakan ia satu amanah dan tanggungjawab apabila dapat membantu seorang wanita melahirkan bayi mereka,” katanya.
Perjalanan seorang ibu bermula dari detik sebelum kelahiran. Bagaimana dengan perjalanan anda?
Ceritakan kisah anda dan sertai peraduan FacebookNestl Mom Me Celebration of Life di www.facebook.com/NestleMOMme untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM40,000.