Khasiat Tersembunyi Jus Buah-buahan
Siapa tidak sukakan jus buah-buahan yang manis, segar dan kaya khasiat? Bukan saja baik untuk kesihatan, malah pengambilan jus buah-buahan juga memberikan keseimbangan kecantikan kulit wajah.
Jus buah-buahan nyata lebih mengandungi banyak khasiat tersembunyi berbanding jika anda mengambil minuman yang tidak berasaskan buah-buahan. Di sini terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan jus buah-buahan jika anda masih lagi berkira-kira untuk menikmati minuman berkhasiat ini.
Jus pembersih tubuh
Manfaat utama daripada jus ini adalah menjaga sistem imunasiasi badan, selain mencegah selesema dan menjadikan kulit bersinar. Jus ini juga sangat baik manfaatnya untuk kesihatan kulit. Selain itu, ia juga memberikan kesan pembersihan pada seluruh tubuh.
Bahan: Epal
Jus menurunkan kolesterol
Jus yang dibuat daripada timun dan epal terkenal bermanfaat untuk melawan kanser dan mengurangkan paras kolesterol. Jus ini juga mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. Sebaiknya mula amalkan pengambilan jus ini apabila usia anda memasuki lewat 30-an. Jika anda mengamalkan jus ini setiap hari, maka anda tidak perlu bimbang masalah peningkatan tahap kolesterol.
Bahan: Epal dan timun
Jus penghilang bau mulut
Jus ini khusus untuk orang yang ingin meningkatkan kesihatan kulit. Untuk kesan yang lebih baik gunakanlah epal hijau. Jus ini juga memiliki keistimewaan lain iaitu menghilangkan bau mulut.
Bahan: Epal dan tomato
Jus untuk menurunkan suhu badan
Jus ini sebaiknya diambil ketika suhu badan meningkat . Jus ini akan segera menurunkan suhu badan dan membuat anda berasa lebih selesa. Jus ini juga baik untuk mengatasi bau mulut dan sangat sedap diminum ketika musim panas.
Bahan : Peria dan epal
Jus sihat dan segar
Kombinasi buah-buahan ini menyegarkan mulut anda dan sangat baik untuk kesihatan ginjal. Jus ini juga menghilangkan lebihan garam pada tubuh.
Bahan: Dua biji epal, setengah biji nanas dan sedikit tembikai
Jus vitamin
Ini resipi jus yang kaya vitamin. Malah, anak-anak juga akan suka dengan jus buah-buahan campur yang mengandungi vitamin C dan B2 ini. Minuman ini juga dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
Bahan: Limau, anggur hitam, nanas dan susu