‘Kisah Di Sebalik Parut’
Ada wanita tidak lena tidur malam memikirkan parut jerawat sebesar kepala jarum peniti di pipi. Namun bagi Jenny Pong, parut sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya yang mengingatkannya kepada kepahitan kisah silam.
“Saya berkahwin ketika berumur 18 tahun dan dikurniakan sepasang anak kembar semasa saya berumur 19 tahun. Malangnya, anak kembar saya meninggal dunia ketika pembedahan bersalin.
“Pada hari ke-29 berpantang, badan saya tiba-tiba berasa lemah dan saya hanya mampu terbaring di atas lantai. Tiga hari selepas itu saya mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital.
“Apabila saya sedar, saya rupa-rupanya ditempatkan dalam unit rawatan rapi (ICU). Keluarga memberitahu seminggu kemudian saya koma selama dua tahun,” katanya yang ditinggalkan suami ketika dia dirawat di ICU.
Apabila sedar daripada koma, Jenny mendapati seluruh badannya tidak dapat bergerak. Lebih menyedihkan dia juga mengalami kudis katil yang teruk dan besar kerana terlalu lama terlantar. Jadi untuk mengubati kudis berkenaan, dia terpaksa tidur meniarap.
Tidak lama selepas itu, tulang pahanya patah akibat terlanggar sesuatu. Satu demi satu dugaan menimpa menyebabkan Jenny nekad meminta doktor memotong kedua-dua kakinya.
“Sejak itu saya menjadi wanita lumpuh. Tetapi sehari saja saya bersedih. Berulang kali saya katakan pada diri sendiri, saya perlu bergembira dan menikmati setiap detik kehidupan saya,” katanya.
Sejak kedua-dua kakinya dipotong, Jenny menggunakan troli kayu yang dibuat khas oleh adiknya untuk memudahkan dia bergerak. Namun begitu, dia tidak pernah putus harapan atau menangisi nasibnya. Sebaliknya lebih bersemangat untuk menyuntik inspirasi kepada orang ramai dengan memberi ceramah menceritakan kisah hidupnya.
Melihat wajahnya yang sentiasa ceria dan tersenyum, katanya, untuk menjadi seorang yang sentiasa positif memang sukar dan cara yang dia lakukan adalah
fokus kepada kegembiraan.
Inilah ‘kisah di sebalik parut’ yang dicari dalam kempen Hiruscar Beautiful – kisah kehidupan yang menyayat hati tetapi turut memberi inspirasi.
Jenny Pong yang berasal dari Ipoh antara pemenang dalam kempen ini yang mengakui bengkak dan parut sudah sebati dalam hidupnya.
Jenny yang juga Naib Presiden Persatuan Era Harapan iaitu persatuan untuk golongan orang kelainan upaya tidak keberatan berkongsi cerita hidupnya dengan masyarakat supaya tiada yang berputus asa dengan ujian Tuhan.
Untuk kempen ini, Hiruscar menjemput lebih 400 doktor, ahli farmasi dan editor untuk mengenal pasti pesakit yang mempunyai kisah parut yang menyayat hati, diikuti dengan gambar serta butiran diri pesakit untuk dipamerkan dan dikongsi sempena majlis pelancaran kempen Hiruscar Beautiful.
Kempen Hiruscar Beautiful memilih tiga individu paling ‘menawan’ di Malaysia sebagai pemenang berdasarkan kisah kehidupan mereka yang menyentuh hati dan menggunakan Hiruscar untuk memulihkan parut yang ada sebagai jalan penyelesaian.
“Kami sangat berbesar hati memilih tiga individu yang menawan sebagai pemenang kempen ini iaitu Jenny Pong Seow Chin, Keisha Somasundram Petrus dan Dr Ahmad Anas Abdul Majid,” kata Pengarah Pemasaran OTC Serantau Medinova, Pamela
Tan.
Setiap peserta menerima RM8,000 dan berpeluang berkongsi kisah mereka untuk dijadikan iktibar buat masyarakat menerusi sokongan supaya tidak berputus asa walaupun diuji pelbagai penyakit.
“Kempen ini bukanlah untuk memadamkan sejarah yang berlaku pada seseorang, tetapi lebih kepada membuat perjalanan hidup mereka lebih bermakna dengan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Hiruscar adalah gel berteknologi baru yang unik menggunakan formula Swiss khusus untuk masalah parut. Ia mudah digunakan untuk mengatasi masalah parut, mengurangkan kesan parut dan tanda gelap akibat daripada pembedahan, terbakar dan parut luka.
Tetamu terhormat Ahli Dewan Negara, Senator Bathmavathi Krishnan mewakili golongan kelainan upaya yang memuji inisiatif berkenaan.
Menurutnya, kempen itu satu penghormatan kepada mereka yang berjaya mengharungi cabaran hidup yang sukar. Perjalanan hidup akan menjadi lebih indah sekiranya kita menerima segala yang ditetapkan dengan berani, terbuka dan reda.
Koleksi gambar pemenang boleh dilihat secara dalam talian di www.facebook.cm/Hiruscar.Gel.Malaysia.