Koleksi Dipenuhi Aura Romantik

Pemilihan gaya terkini dalam rekaan fesyen sememangnya menjadi ikutan gadis muda.Bagi mereka yang menggemari rekaan mewah klasik, pasti tidak akan melepaskan peluang mendapatkan gaya terbaru daripada pereka terkemuka.

Sempena musim bunga kali ini, jenama pakaian terkemuka Farah Khan mengetengahkan pengaruh grafik seni bina unik serta bermotifkan bunga-bungaan sebagai nafas baru kepada rekaan terkininya.

Bentuk gaya semula jadi dan struktur baju digabungkan dengan tanda pengenalan pembayang metalik label berkenaan berserta perincian buatan tangan yang menyerlah.

Koleksi kali ini dipenuhi aura romantik dan pola corak pada baju pula dijalin penuh mahir dengan lengkungan, garisan abstrak dan bentuk organik bunga-bungaan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

691 views