Koleksi Potongan Ringkas

Sopan, moden dan elegan menerusi penggunaan warna lembut sememangnya cukup sesuai untuk menyerlah keanggunan pasangan pengantin.

Itulah juga tema rekaan baju pengantin Ariena Bridal Creation yang boleh dipadankan untuk pelbagai tema majlis perkahwinan.

Pemilik butik, Nor Azlina Yusoff berkata, semua rekaan baju pengantin terbaru koleksinya yang bercirikan moden dan elegan itu juga sesuai buat pengantin Muslimah.

“Sesuai dengan sifat sopan santun gadis Melayu, unsur kesopanan pada busana sememangnya cukup padan dengan si pemakai.

“Untuk koleksi ini, kami menyediakan potongan yang ringkas dan tidak sarat dengan pelbagai material. Ini kerana kerana kami tidak mahu menyusahkan pengantin yang harus menghabiskan masa sepanjang hari melayan ramai tetamu,” katanya.

Dari segi material, fabrik sifon sesuai untuk semua bentuk badan sama ada besar atau kecil. Songket yang punya tarikan tersendiri pula sememangnya diminati ramai wanita apatah lagi ia tidak lapuk ditelan zaman.

Malah kini, rekaan songket turut dipermodenkan seiring dengan perkembangan aliran fesyen semasa.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

724 views