Kraf Comel, Menarik

Sekiranya rimas melihat perca kain yang berselerak di rumah, anda boleh menjadikannya rekaan kraf unik mengikut kreativiti.

Tidak perlu menjadi pereka kraf profesional kerana dengan kemudahan teknologi kini, ada pelbagai bahan rujukan sebagai asas proses pembelajaran awal.

Antara rekaan kraf menarik boleh dihasilkan ialah pin kusyen kura-kura dengan bentuk fizikalnya yang kecil dan comel. Gabungan kain felt serta kapas pula membuatkan bentuk haiwan itu lebih menyerlah terutama apabila menggunakan kain bercorak.

“Bukan saja boleh dijadikan tempat letak pin, bahkan hiasan meja atau cenderahati ringkas.

“Apa pun, penting untuk mencari pola bentuk haiwan yang ingin dihasilkan terlebih dulu,” kata pengasas perniagaan kraf dalam talian jenama Kraft At Kerawitkraft, Qaseh Qatrunnada.

Cara penyediaannya juga mudah menggunakan bantuan gam pistol, jarum dan benang. Tetapi paling penting kekemasan jahitan untuk mencantumkan bahagian kura-kura yang perlu dititikberatkan.

Jenis jahitan digunakan memainkan peranan, begitu juga jarak antara benang yang disambung. Jika terlalu jauh ia kelihatan agak kasar. Oleh itu, anggaran jarak perlu diperkemaskan.

“Selain itu, ambil kira padanan warna iaitu ia seharusnya tidak lebih daripada tiga gabungan warna sekiranya kain digunakan bercorak agak sarat dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Ikuti langkah mudah menghasilkan pin kusyen kura-kura ditunjukkan Qaseh Qatrunnada.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,380 views