Krim Antipenuaan Kurangkan Kedutan

Alangkah seronoknya jika memiliki kulit halus dan bebas cela, di samping tidak perlu mengikut rejim kecantikan yang leceh hingga terpaksa mengambil masa lama.

Tapi jika diabaikan, kulit pada wajah pula jadi mangsa kerana tiada sistem pertahanan lengkap.

Bagi masyarakat moden hari ini, aspek kecantikan dan keremajaan diri mula menjadi dua elemen utama yang sentiasa diberi perhatian. Malah wajah yang kekal muda remaja dan bebas cela turut dijadikan tanda aras kepada kecantikan ideal, lalu majoriti tidak henti-henti mencari cara terbaik mengekalkannya serta berusaha ‘memadam’ garisan halus penuaan.

Secara amnya lebih 25 tahun lalu, mencuci dan menyapu losen saja sudah cukup untuk memastikan wajah sentiasa segar dan tidak perlukan kos yang banyak.

Bagaimanapun, rutin ringkas itu tidak lagi mampu berfungsi sepenuhnya apabila ramai yang enggan digelar tampak tua sebelum usianya.

Jurucakap Global Origins merangkap Saintis Fisiologi Tumbuhan dan Biologi Molekul, Dr Lieve Declercq berkata, struktur kulit makin lemah seiring usia lalu menyukarkan keupayaannya untuk diperbaiki.

“Peningkatan usia juga sering dijadikan punca masalah merosotnya keanjalan pada kulit hingga garis serta kedutan mulai ketara di wajah terutama di zon sekitar mata dan mulut.

“Fibrillin, serat kritikal dalam kulit yang bertanggungjawab untuk kesan keanjalan dan ketegangan kulit turut terjejas atas faktor itu.

“Justeru, bantuan khusus daripada alam semula jadi amat diperlukan bagi membantu meningkatkan pengeluaran semula jadi fibrillin, sekali gus membina semula struktur kulit,” katanya.

Atas kesedaran itu, Origins menawarkan penyelesaian kepada antipenuaan secara semula jadi menerusi Plantscription – rangkaian penjagaan wajah yang dicipta berdasarkan kajian selama lima tahun di Universiti Strasbourg, Perancis.

Plantscription dirumus dengan kulit pokok anogeissus (disebut an-no-gay-sis), selain diperkaya dengan siegesbeckia dan ekstrak rosemary untuk membantu membina semula kolagen serta elastin semula jadi bagi mengurangkan kedalaman serta ketebalan garisan halus pada kulit.

Serum antipenuaan Plantscription nyata jadi pilihan apabila ia terbukti secara klinikal mempunyai 88 peratus kuasa mengurangkan kedutan tanpa kesan yang tidak diingini seperti rasa sensitif pada kulit, pengelupasan, pedih, kemerahan, kekeringan serta kegatalan.

Susulan pencapaian itu, Origins kini memperkenal–kan krim antipenuaan yang mengandungi 300,000 sel stem raspberi bagi menggiatkan semula struktur kulit lemah lalu pengurangan kedutan.

Ikuti lebih lanjut mengenai krim antipenuaan Plantscription ini serta keberkesanannya bersama Dr Lieve.

Soalan (S): Apa perbezaan krim antipenuaan Plantscrition dan dengan yang lain?

Jawapan (J): Krim wajah berprestasi tinggi ini membantu mengatasi empat masalah penuaan wajah dengan mengurangkan garisan serta kedutan, menganjal, mengembalikan seri dan melembutkan kulit.

Ia menampilkan teknologi sel stem raspberi, inspirasi daripada penghasilan semula sel tumbuhan, di samping mengukuhkan lagi fungsi anogeissus.

S: Apakah sebenarnya sel stem ini?

J: Sel stem ini ialah sejenis kelas sel yang ada pada setiap tumbuhan. Ia mempunyai keupayaan unik untuk menghasilkan semula sel dalaman.

Setiap bahagian mempunyai sel stem tersendiri, justeru ia boleh membesar menjadi tumbuhan lain tidak kira jika sel diambil daripada akar, batang, bunga atau daun.

Tidak seperti haiwan, tumbuhan tidak boleh bergerak dan sentiasa terdedah dengan bahaya. Bagaimanapun, tumbuhan berkemampuan memperbaharui dan membiak sendiri menerusi perkembangan sel stem.

S: Mengapa raspberi dipilih sebagai bahan utama dalam krim antipenuaan Plantscription ini?

J: Raspberi mempunyai banyak jenis dan hanya raspberi rubus idaeus yang dipilih kerana tahap kandungan sel stem aktif dalam tumbuhan ini antara yang tertinggi berbanding tumbuhan lain.

S: Bagaimana pula dengan keputusan klinikal dan hasilnya kepada pengguna?

J: Selepas empat minggu, 83 peratus panel pengguna mendapati garis halus dan kedutan makin kurang, selain wajah kembali anjal.

S: Adakah krim ini sesuai untuk semua jenis kulit?

J: Krim antipenuaan Plantscription ini selamat dan efektif untuk semua jenis kulit.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

616 views