Kulit Kembali Remaja

Menyingkap kelahiran Epyhra yang bermaksud Dewi Laut dalam bahasa Sanskrit, Pengarah Urusan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Amiza Amiruddin mengakui produk berkenaan awalnya digunakan untuk memulihkan masalah jerawat.

“Saya percaya kecantikan memberi keyakinan kepada wanita. Namun, disebabkan masalah jerawat yang teruk, saya mencari pelbagai alternatif untuk memulih dan mengembalikan kulit wajah. Pencarian saya menemukan glutathione iaitu sejenis bahan antioksida yang sedia ada dalam tubuh manusia.

Namun, disebabkan faktor sekeliling seperti pencemaran, tekanan, minuman keras, merokok serta faktor pemakanan, ia semakin berkurangan,” katanya.

Glutathione antara antioksidan terbaik untuk badan. Ia diperlukan bagi melindungi molekul yang dihasilkan oleh sel badan secara semula jadi dan berperanan menyingkirkan toksin, menggalakkan sistem imun dan memelihara protein sel badan.

“Bagaimanapun selain faktor sekeliling, glutathione berkurangan apabila berlaku peningkatan usia.

Pengeluarannya juga terganggu sekiranya menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser.

Selain itu, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang juga tinggi berbanding buah lain dan sayuran,” katanya.

Menyedari pentingnya antioksidan, Amiza membangunkan makanan tambahan hasil gabungan sumber antioksidan termasuk kolagen ikan laut dalam terhidrolisis bagi awet muda yang dikenali sebagai Ephyra.

Antara keistimewaannya, pengambilan secara berterusan membantu kulit lebih cerah di samping kelihatan lima hingga 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar. Ini disebabkan sifatnya yang mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit.

“Sebenarnya ramai yang tahu mengenai antioksidan yang membantu tubuh sihat dan cantik, namun kita kurang pasti bagaimana ia berlaku. Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan separuh dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya.

“Epal berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan sekali gus menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas. Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan melalui tindak balas biokimia,” katanya.

Bagaimanapun, radikal bebas yang terlalu banyak mendatangkan bahaya kepada tubuh. Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran juga menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.

Oleh itu, badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan.

“Contoh antioksidan lain ialah vitamin A,C dan E, lycopene dan beta karotena. Kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen,” ujarnya.

Lahirnya produk terbabit adalah untuk membantu tubuh menyelesaikan masalah berkaitan dan menambah gam akasia atau manna dalam bahasa Arab untuk menjadikan ia produk pintar.

“Manna disebut dalam al-Quran sebagai makanan terbaik manusia seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 57.

Produk ini memperoleh jaminan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memperoleh Amalan Pengilang Baik (GMP).

“Ephyra dihasilkan daripada formula terbaik selepas penyelidikan selama setahun dan ia tidak membabitkan penggunaan bahan kimia. Hanya menggunakan bahan semula jadi dan uniknya pengambilan berterusan tidak menambah berat badan,” jelas Amiza.

Selepas setahun di pasaran, produk makanan tambahan berkenaan meraikan ulang tahun sambutannya yang pertama bersama 25 stokis dan pengedar dari seluruh negara.

Majlis Sepetang Bersama Ephyra diadakan sebagai menghargai sokongan mereka yang sejak awal bersama syarikat dalam meningkatkan jualan.

Bagi Amiza, untuk mencapai kejayaan dalam bidang usahawan, sokongan daripada stokis, pengedar dan pelanggan amat diperlukan bagi memantapkan lagi penjualan serta memberi yang terbaik sejak diperkenalkan tahun lalu.

Perniagaan yang dikongsi bersama rakannya, Reni Diana Sulaiman ini, dijangka mampu bersaing dengan produk sedia ada di pasaran kerana ia menitikberatkan kualiti.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari www.oceanlife2u.com.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,601 views