Kulit Kusam Tak Bermaya
Sudah menjadi keutamaan bagi pengantin perempuan kelihatan jelita di hari perkahwinan.
Untuk kelihatan lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi warna merah jambu jika memiliki kulit cerah dan merah mawar jika berkulit gelap.
Bagi gincu, pilih warna cerah dan terang terutama jika mengenakan baju pengantin berwarna putih kerana warna coklat akan membuatkan wajah kelihatan pucat.
Bahagian mata juga perlu diberi keutamaan dan bagi menyerlahkan gaya, solekan mata smokey boleh digunakan dengan lakaran pembayang mata warna hitam pada alis mata atas dan sedikit pada bahagian bawah mata. Sederhana tetapi cukup dramatik.
Di samping solekan untuk tampil menawan pada hari perkahwinan, mempelai perlu bijak memilih busana serta saling melengkapi warna kulit dan bentuk badan.
Oleh itu penting bagi bakal pengantin menjaga kulit kerana gaun pengantin selalunya mendedahkan tubuh badan mereka. Sekiranya kulit kusam dan tidak bermaya, ini akan menjejaskan penampilan sebagai raja sehari.
Tip solekan pengantin
Pengantin boleh menggunakan lilin atau penyamar cela untuk menutup bentuk alis yang tidak sempurna. Kening menjadi fokus utama pada wajah oleh itu ia perlu sentiasa kelihatan kemas.
Pastikan alat solek digunakan kalis air seperti maskara dan pensel mata bagi memastikan ia tidak luntur atau comot disebabkan peluh atau air mata.
Pilihan warna pembayang mata yang selamat adalah warna tanah seperti coklat dan gangsa.
Pastinya solekan pengantin atau apa jua majlis tidak lengkap tanpa bulu mata palsu. Bulu mata palsu boleh dipakai tetapi perlu memilih saiz dan bentuk bulunya yang tidak keterlaluan atau aneh. Pilih bentuk normal yang bersesuaian dengan saiz mata.
Bagi membolehkan solekan tahan lama, sebelum memakai bedak asas, basahkan span agar lembap. Kemudian ratakan secara tekap berulang kali pada muka dan pastikan ia sekata. Oleskan bedak debu dan ratakan menggunakan berus besar mengikut arah jam.
Terima kasih:
Tatarias: Zalina Yaakob
Lokasi dan busana: Tressour – www.tressour.blogspot.com (03-61854558)
Model: Za Nabhan