Kulit Putih Mulus

SEJAK tamadun Yunani dan Rom lagi, golongan wanita sentiasa mencari rahsia untuk memiliki kulit putih mulus tanpa sebarang cela.

Ironinya, kebanyakan budaya di seluruh dunia menganggap wanita berkulit putih adalah insan yang paling cantik.

Untuk tampil cantik di zaman moden kini, rata-rata wanita menggunakan pembedahan dan suntikan kosmetik sebagai jalan mudah tanpa menghiraukan jumlah kos yang perlu dibayar.

Bagi mengubah stigma berkenaan, pakar rangkaian penjagaan kulit dari London, Rodial, melalui penyelidikan terperincinya menemui dan menggunakan bahan aktif yang terkenal dengan kadar antioksida semula jadi dalam produk terbarunya, Skin Bleach.

Pengarah Urusan Peningkatan Kesempurnaan, Lenny Zahari, berkata pihaknya amat berbangga dapat melancarkan produk itu yang direka khusus untuk kulit wanita Asia.

“Rodial terkenal dan mempu–nyai pelanggan setia di United Kingdom dan Hollywood. Oleh itu, kami turut mahu berkongsi formula Rodial menerusi produk Skin Bleach dengan wanita Malaysia,” katanya.

Set penjagaan kulit daripada Rodial ini hadir dalam bentuk pencuci muka, serum, pupur dan pek kit.

Pencuci muka Skin Bleach dirumus dengan kompleks pemutihan antaranya pengelupasan glycolic yang membantu mengurangkan garis penuaan, jerawat dan gangguan daripada pigmentasi yang merencatkan pertumbuhan sel kulit.

Ekstrak buah markisa, nanas dan anggur berfungsi menyingkirkan sel kulit mati bagi melahirkan kulit wajah yang lebih lembut dan cerah.

Formula serum Skin Bleach pula membantu untuk memulihkan kawasan kulit yang bermasalah terutama bagi mereka yang mengalami ton kulit tidak sekata dan kedutan pada wajah.

Kulit yang cerah berseri juga sentiasa dikaitkan dengan lembapan seimbang daripada pemakaian pupur. Menerusi Skin Bleach Mask, ia membantu untuk menegangkan kulit serta mengurangkan garis halus dan kedutan.

Rodial percaya, menerusi penggunaan produk penjagaan yang betul, kulit tidak akan terus rosak menjelang dewasa hingga terbentuknya bintik hitam yang sukar dilupuskan.

Kaedah penjagaan dan pemakaian produk secara betul juga akan menyebabkan kulit bukan saja berada dalam keadaan sihat tetapi bebas daripada sebarang masalah yang berkemungkinan memberi kesan buruk kepada kulit untuk jangka masa panjang.

Aplikasi bahan semula jadi dalam produk kecantikan terbaru ini menjamin tahap keberkesanan yang optimum.

Gabungan ramuan semula jadi dan kajian saintifik serta klinikal menyeluruh berjaya menghasilkan formula rangkaian produk yang dapat menyelesaikan masalah kulit secara tumpuan.

Pencuci muka Rodial Skin Bleach (300 mililiter) boleh didapati dengan harga RM220, Serum Skin Bleach (30 ml) pada RM410, Skin Bleach Mask (50 ml) pada RM325 dan pek Skin Bleach Kit bernilai RM745.

Kaunter Rodial berada di tingkat bawah Robinsons, The Gradens Mid Valley, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,605 views