Kulit Segar, Lebih Lembap

RAMAI wanita inginkan kulit lembut dengan seri berpanjangan. Ada yang mencuba pelbagai cara, namun masih belum mampu mendapatkan kulit idaman mereka.

Ramai pakar kecantikan berpendapat, untuk mendapatkan ton kulit sekata serta kelembapan berpanjangan bukan hanya bergantung kepada produk rawatan wajah semata-mata tetapi rawatan di pusat kecantikan sangat membantu mendapatkan hasil yang diidamkan. Ini kerana kehadiran pakar terapi mampu menyelesaikan masalah seterusnya mendapatkan penyelesaiannya.

AsterSpring kini memperkenalkan rawatan terapi HydraWhite menggunakan Nano Mist atau Kabus Nano yang 13 kali lebih halus daripada pengewap biasa. Nano Mist sejuk dibuat untuk melembutkan epidermis yang membolehkan produk rawatan kulit menyerap dengan mudah ke dalam lapisan antara sel kulit.

Selain itu, terapi HydraWhite berkuasa mengekalkan kelembapan dengan ciri natto yang melekit, juga dikenali sebagai kacang soya penapaian. Natto, bukan saja mengandungi y-PGA, malah kaya vitamin B2, B6, B12, E, K2 dan enzim penghadaman yang lain.

Pada akhir terapi HydraWhite ini, ia memperlihatkan ton kulit semakin sekata dan wajah tampak berseri. Kulit juga menjadi lebih lembap dan segar.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,327 views