Kuntuman Segar Serlah Mempelai

Si mempelai tampak lebih berseri apabila menggenggam bunga tangan pada hari bahagia, baik pertunangan mahupun perkahwinan.

Bunga segar sering menjadi pilihan kerana keindahan dan keharuman semula jadi yang membangkitkan suasana harmoni di setiap sudut ruang.

Namun, harga bunga segar tangan yang mahal membuatkan ramai yang berfikir dua kali. Sebagai langkah penjimatan, anda boleh menghasilkan sendiri bunga tangan ini.

Kali ini, Sandra Yusuff daripada TepakSireh Bridal berkongsi cara untuk menghasilkan bunga tangan segar buat pembaca.

Bahannya:

Gunting
Jarum peniti
Jarum pentul
Pelilit hijau
Pisau khas untuk membuang duri bunga
Tiga jenis mawar berlainan warna mengikut cita rasa
Reben besar
Butang berlian (untuk hiasan bunga tangan)

Tip hasilkan bunga tangan segar pengantin:

Pilih bunga berwarna lembut seperti merah jambu cair, putih, kuning cair dan hijau cair.

Jika ingin bunga tangan segar tahan lebih lama, jangan sesekali memegang kelopak bunga. Rendamkan batang bunga ke dalam air manakala paras air rendaman tidak perlu banyak iaitu paras air haruslah di bawah aras reben.

Jika ingin memperbaiki kedudukan bunga, jangan sesekali pegang kelopak bunga, tetapi pegang pada batang bunga.

Seeloknya buat bunga tangan segar sehari sebelum majlis diadakan.

Kelebihan bunga segar:

Memberikan keharuman secara semula jadi.
Mempunyai pelbagai jenis dan warna menarik.
Majlis resepsi menggunakan bunga segar nampak lebih eksklusif dan mewah.
Tampak lebih hidup dan segar dalam gambar perkahwinan atau pertunangan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,778 views