Mata Elegan, Seksi

MEMENUHI undangan majlis makan malam sememangnya menyeronokkan terutama apabila membabitkan pertemuan di kalangan teman lama.

Namun kala memikirkan penampilan yang ingin digayakan untuk ke majlis itu, ramai wanita yang buntu mencari idea bagi memastikan keseimbangan dalam pemilihan busana dan solekan.

Lebih merumitkan keadaan apabila majlis diadakan selepas waktu bekerja dan
wanita terpaksa bergegas ke salun kecantikan bagi mendapatkan khidmat solekan profesional.

Bagaimanapun dengan beberapa teknik mudah, solekan siang sebenarnya boleh diubah suai menjadi riasan malam yang lebih memukau.

Menurut Koo Choy Ling, Pengarah Pemasaran Flormar rangkaian solekan dan penjagaan diri dari Itali solekan siang yang lengkap berupaya menjadi asas kepada solekan malam, selain melakukan perancangan awal pada pilihan busana yang bakal digayakan.

“Pilih satu atau dua rona saja apabila menggayakan busana sarat dengan warna atau corak. Tapi solekan smokey biasanya lebih jadi pilihan kerana hasil warnanya yang lebih berat dan tampak lebih anggun.

“Solekan smokey bukan saja dapat membuatkan riasan mata lebih berdimensi, malah tampak elegan dan seksi serta sesuai untuk semua rona baju,” katanya.

Jika ingin mencuba solekan smokey pada riasan siang tapi bimbang tidak tahu cara mengadun warna, Flormar titipkan tiga teknik ringkas yang menampilkan pembayang mata (rona sama seperti yang digunakan untuk solekan siang), penggaris mata berkilau dan pengilat bibir.

Tidak kira untuk solekan siang atau malam, wajah terlebih dulu perlu dilayangkan bedak asas dan penyamar cela kerana ia dapat membantu memudahkan serta menyamaratakan solekan.

Flormar menawarkan Perfect Coverage Foundation untuk wajah biasa dan Mat Velvet Fondation buat mereka berkulit minyak. Setiap koleksi menawarkan kesempurnaan penutup cela mengikut ton kulit.

Ia disusuli penggunaan bedak padat Full Coverage Concealer yang melembap kulit menerusi minyak jojoba dan vitamin atau boleh juga mencuba bedak padat Wet Dry yang menawarkan kesan bebas kilauan terutama di zon-T iaitu hidung dan dahi.

Terracotta Powder pula menawarkan keseimbangan warna menerusi tujuh rona gangsa berbeza.

Dalam masa sama, serlahkan bentuk wajah dengan pilihan pemerah pipi seperti Blush On, Terracotta Blush On, Pretty Compact Blush-On atau Ball Blusher.

Lengkapkan solekan dengan variasi pembayang mata sama ada dalam himpunan Mono, Matte Mono, Metallic, Neon, Matte Terrracota, Diamond Terracotta, Terracotta Trio, Terracotta Quartet, Quartet, Pretty Compact Quartet atau Color Palette yang dibahagikan kepada enam dimensi warna.

Tidak ketinggalan olesan gincu dan pengilat bibir yang hadir dengan 100 rona daripada koleksi berbeza antaranya Pretty, Long Wearing Lipstick, Selection Lipstick, Supermatte dan Supershine.

Tambah Koo, jenama yang diasaskan di Milan, Itali pada era 1970-an ini menawarkan bukan saja aliran warna sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia tapi boleh digunakan bila-bila masa, tiada batasan waktu mahupun musim.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

1,043 views