Mengatasi Masalah Kekurangan Nutrien Anak

ZAMAN tumbesaran kanak-kanak sering dilabel dengan fasa cerewet dan kemarahan tiba-tiba terutama apabila menyentuh soal tabiat pemakanan mereka.

Lazimnya, sikap cerewet pada makanan yang dihidang mengikut peringkat umur tetapi paling jelas dapat dilihat di kalangan kanak-kanak kecil yang baru mula bertatih.

Kajian menunjukkan peratusan penjaga menganggap anak kecil mempunyai sikap cerewet terhadap makanan yang ingin dimakan meningkat sehingga 50 peratus.

Diet pemakanan seimbang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan kanak-kanak yang optimum. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku cerewet terhadap soal pemakanan didapati kurang mengambil pelbagai jenis makanan berbanding mereka yang bersikap sebaliknya.

Akibatnya, pemakan yang cerewet tidak mengambil beberapa kumpulan makanan tertentu yang secukupnya seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ikan, kekacang, susu atau produk tenusu sekali gus menyebabkan diet menjadi tidak seimbang kerana kekurangan makro dan mikro nutrien (vitamin serta mineral) diperlukan badan.

Tinjauan di kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa tabiat pemakanan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mungkin tidak memuaskan.

Misalnya, kira-kira 40 peratus daripada kanak-kanak yang dikaji selidik menunjukkan mereka tidak suka dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Keputusan daripada kajian terbabit menunjukkan keperluan yang mendesak untuk menyalurkan strategi kesihatan orang awam bagi mendidik ibu bapa dan kanak-kanak mengenai pengetahuan makanan dalam usaha memperbaiki tabiat pemakanan mereka.

Menurut Profesor Pemakanan Kolej Public Health, Universiti Filipina, Dr Emilie G Flores, sesetengah kanak-kanak hanya gemar menikmati mentega kacang yang lainnya tanpa mengandungi ikan bahkan langsung tidak menyentuh sayur-sayuran.

“Ini akan menyebabkan mereka sering menjauhi ibu bapa bagi mengelakkan diri menikmati makanan yang tidak digemari. Apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa, ibu bapa berasa penat manakala anak menghadapi konflik harian antara satu sama lain.

“Ia adalah senario biasa yang dialami oleh ibu bapa yang di kelilingi dengan urusan anak-anak cerewet dalam soal pemakanan.

“Pada pandangan kanak-kanak, makanan baru yang dihidang boleh menakutkan dan menggerunkan mereka. Kanak-kanak ini juga hanya suka mengambil makanan biasa yang tertentu dan banyak kes menunjukkan ia tidak sihat antara yang dimahukan setiap kali tiba waktu makan.

“Kajian menunjukkan pemakan yang cerewet boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan pembangunan mereka.

“Perkara seperti itu penting untuk kanak-kanak ini kembali dan kekal dengan perkembangan yang sihat dengan cara merapatkan jurang antara diri dan jenis makanan diperlukan oleh badan mereka,” katanya.

Keadaan ini disokong oleh jenama warisan inovasi saintifik, Wyeth Nutrition yang melancarkan produk S-26 PE Gold, susu formula baru khusus untuk membangunkan kanak-kanak berusia satu tahun ke atas yang cerewet bagi menangani kekurangan nutrien diperlukan.

Formula baru itu menyokong keperluan diet seimbang yang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan kanak-kanak secara optimum dengan merapatkan jurang pemakanan di kalangan kanak-kanak itu.

Pakar pemakanan Wyeth membawa bersama-sama hampir satu abad pengalaman yang dimanfaatkan dalam aspek klinikal, penyelidikan saintifik, pembuatan bertaraf dunia dan piawaian keselamatan produk.

Penemuan terbaru itu direka khusus untuk pemakan yang cerewet sebagai melengkapkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia dalam menyediakan kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun dengan khasiat sepatutnya perlu diambil.

Percubaan klinikal ke atas susu terbabit sebagai pemakanan tambahan bersama sesi kaunseling yang dijalankan di China membabitkan 150 kanak-kanak cerewet selama 120 hari menunjukkan peningkatan pertumbuhan daripada segi ketinggian dan berat badan mereka.

Menurut Pengurus Besar Wyeth Malaysia, Singapura, Vietnam dan Brunei, Michael Toh, pemakanan secara suboptimum boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan berat badan dan terdedah kepada penyakit.

“Berdasarkan masalah itu, jenama pemakanan Wyeth memperkenalkan susu itu dalam usaha membangunkan formula yang sesuai untuk keperluan khusus kanak-kanak jika menyentuh soal pemakanan mereka di negara ini.

“Susu tepung yang tidak mengandungi lemak diperkaya dengan 40 bahan termasuk 25 nutrien diperlukan oleh badan bagi menyokong diet seimbang kanak-kanak yang cerewet,” katanya.

Tambahnya, kaji selidik pengguna menunjukkan 81 peratus daripada pemakan cerewet menyukai rasanya dan 64 peratus mendapati kemanisan yang tepat pada susu itu dapat memberikan pilihan kepada ibu untuk menangani masalah kekurangan nutrien anak mereka.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

2,541 views